Ribuan Penduduk Islam Indonesia Buat Bantahan Layanan China Terhadap Muslim Uighur

Ribuan Penduduk Islam Indonesia Buat Bantahan Layanan China Terhadap Muslim Uighur

0
SHARE
Sumber Foto: AFP...

JAKARTA, INDONESIA – Ribuan penduduk Islam Indonesia mengadakan bantahan semalam menentang layanan China terhadap Muslim Uighur di Xinjiang di hadapan kedutaan negara itu di ibu kota ini.

Perhimpunan itu dianjurkan kumpulan tegar Islam Barisan Pertahanan Islam (FPI) namun dihadiri masyarakat Islam lain dengan kawalan keselamatan ketat.

Memetik laporan seoransg jurugambar AFP, hujan lebat tidak menggangu bantahan yang bermula tengah hari selepas solat Jumaat dan diteruskan sehingga petang.

Penunjuk perasaan membawa poster menunjukkan sokongan terhadap Uighur dengan sepanduk bertulis: “China seharusnya mengelak diskriminasi,” “Kerajaan China umpama Zionis”, dan “Selamatkan Muslim Uighur”.

Penunjuk perasaan juga berkumpul di hadapan konsulat China di bandar kedua terbesar Indonesia di Surabaya, menurut media tempatan.

China berdepan kecaman antarabangsa kerana menangkap anggaran sejuta Muslim Uighur dan etnik minoriti Islam lain dalam kem tahanan di rantau barat laut Xinjiang.