Thursday, February 21, 2019
Ridzuan Puzi Harumkan Nama Malaysia Selepas Dinobatkan Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia...

Ridzuan Puzi Harumkan Nama Malaysia Selepas Dinobatkan Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018

0
SHARE
Sumber Foto; MSN Malaysia...

KUALA LUMPUR – Nama negara Malaysia berjaya diharumkan oleh atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Puzi selepas dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 awal pagi tadi.

Ridzuan, 31, atau lebih dikenali sebagai Dikwan menerima anugerah tersebut daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang Anugerah Asia 2018 dan Makan Malam yang berlangsung di Dubai awal pagi tadi.

Anugerah yang diterima Ridzuan itu adalah berdasarkan pencapaian cemerlangnya merangkul tiga pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Oktober lalu.

Dia meraih emas dalam acara 100 meter T36 dengan turut memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri selain melakar rekod baru Sukan Para Asia dalam acara lompat jauh T36 dan mendominasi acara 400 meter T36.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia kerana memberi penghargaan ini. Ia membakar semangat saya untuk terus melakar pencapaian lebih baik selepas ini,” kata Ridzuan.