Roket `Kecinaan DAP’ Tak Lagi `Meroket’

Roket `Kecinaan DAP’ Tak Lagi `Meroket’

0
SHARE

SENTIMEN apa agaknya yang akan diputarkan oleh DAP dalam kempen pilihan raya umum ke-14 nanti setelah logo roketnya `dilupuskan’ bagi memberi laluan kepada logo PKR.

Untuk memainkan `isu kecinaan’  – isu perkauman yang mempopularkan DAP sejak berdekad-dekad lalu, barangkali tidak boleh lagi. Noktah.

Eh! kenapa pula? Sebabnya, DAP telah bersetuju menggunakan logo PKR, yang kalau benarlah seperti mana yang boleh dimengertikan perkataan `keadilan’ dalam PKR membawa maksud `adil segalanya termasuklah tidak boleh lagi mainkan isu perkauman (kecinaan)’.

Kalau benarlah begitu andaiannya, nampaknya DAP sudah hilang `taring’ dalam kalangan sebahagian besar penyokong tegar parti itu yang cenderung ke arah `kecinaan’.

Baguslah kalau begitu telahannya. Tapi adakah ini bermakna kesemua parti Melayu dalam Pakatan Harapan yang buat pertama kali memakai logo yang sama, PKR sepakat memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia DAP?

Kalau begitu, orang Melayu kena `tepuk dahilah’ sebab PKR, PPBM dan PAN sudah hilang arah hala tuju untuk membawa orang Melayu dalam misi mereka.

Bukan mudah sebenarnya menggunakan satu lambang seperti mana digunakan BN sejak sekian lama.

Berbanding BN, Pakatan Harapan berkecamuk. Dalam setahun dua ini macam-macam kerenah dan gelagat negatif muncul dalam kalangan parti-parti dalam pakatan sehingga mencurigakan rakyat Malaysia.

Dijoloknya konon Malaysia bakal bankraplah, negara tidak stabil dan macam-macam tipu helah, fitnah dan tohmahan dilontarkan.

Bagaimanapun semua itu tidak benar. Hanya adu domba dan dakyah semata-mata.

Cuma rakyat Malaysia menunggu apakah drama baharu persengketaan dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan akan `meletup’ setelah penggunaan satu logo/lambang dimeterai mereka berdepan BN.