Ronaldo Kecewa Di Medan Penalti Separuh Akhir Piala Konfederasi 2017

Ronaldo Kecewa Di Medan Penalti Separuh Akhir Piala Konfederasi 2017

0
SHARE

Musim luar biasa bagi Cristiano Ronaldo berakhir dengan kekecewaan

Selepas memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid, Ronaldo memainkan peranannya ketika Portugal mencapai peringkat Separuh Akhir di Piala Konfederasi 2017 awal pagi tadi.

120 minit yang mencemaskan dan menyaksikan permainan yang sengit antara dua pasukan Portugal dan Chile yang akhirnya berkesudahan dengan keputusan 0-0, di mana perlawanan tersebut membawa ke medan penalti untuk menentukan pasukan yang layak ke peringkat Akhir.

Medan penalti ini menyaksikan Claudia Bravo (Penjaga Gol Chile) menjadi wira kerana telah menyelamatkan tiga sepakan penalti daripada pemain Portugal iaitu Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani. Ini sekaligus mengecewakan Ronaldo kerana tidak mempunyai peluang untuk mengambil sepakan penalti tersebut.

Pasukan Chile layak ke peringkat akhir dengan jaringan (Penalti:3-0) mengalahkan pasukan Portugal.