RUU SST Tetap Diluluskan Walaupun Dibantah Pembangkang BN-UMNO

RUU SST Tetap Diluluskan Walaupun Dibantah Pembangkang BN-UMNO

0
SHARE
Lim Guan Eng...

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini, walaupun telah mendapat bantahan hebat daripada pihak pembangkang BN-UMNO.

Sinar Harian melaporkan bahawa bantahan daripada pihak pembangkang dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini tidak menghalang keputusan tersebut ditetapkan.

RUU tersebut adalah sebahagian daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada September ini…

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Cukai Jualan 2015.

RUU SST akan dibentangkan di Dewan Negara pula selepas ini…

Bagaimanapun dalam ucapan penggulungan, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui kerajaan tidak dapat memberi sebarang jaminan bahawa kenaikan harga barang tidak akan berlaku selepas SST dilaksanakan.

Namun beliau menyatakan keyakinannya bahawa jika berlaku kenaikan harga barangan selepas SST dilaksanakan, kesannya hanya separuh daripada kesan pelaksanaan akan melibatkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Itulah yang saya katakan berulang kali, namun kerajaan Persekutuan masih mengharapkan bahawa keadaan ini boleh dikawal menerusi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Inilah harapan kerajaan Persekutuan kerana tumpuan kita adalah atas kesejahteraan rakyat di negara ini,” katanya.