Sabah Benarkan Solat Berjemaah Di Masjid Dan Surau Terpilih Bermula Jumaat Ini

Sabah Benarkan Solat Berjemaah Di Masjid Dan Surau Terpilih Bermula Jumaat Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Fatwa Negeri Sabah telah mengambil ketetapan untuk membenarkan aktiviti solat berjemaah termasuk terawih dan solat Jumaat di masjid dan surau terpilih bermula Jumaat (22 Mei) ini.

Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar bagaimanapun berkata kebenaran itu hanya diberikan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau sahaja dan tidak melebihi empat jemaah.

Beliau yang dipetik Bernama berkata bahawa bagi solat terawih, lebih digalakkan didirikan lapan rakaat dan selebihnya dilaksanakan di rumah  manakala solat Jumaat bilangan ahli jemaah tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada 12 jemaah termasuk imam dan khatib.

“Bagaimanapun, kebenaran ini tidak melibatkan solat sunat Aidilfitri. Oleh itu, semua jemaah dinasihatkan supaya mengadakan solat sunat itu di rumah…

Datuk Bungsu Aziz Jaafar…

“Takbir hari raya hanya dibenarkan pada malam raya sahaja dengan bilangan jemaah empat orang dalam kalangan AJK masjid atau surau,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi.

Bungsu Aziz berkata AJK masjid dan surau yang berusia lebih 70 tahun tidak dibenarkan untuk hadir berjemaah.

Beliau berkata setiap jemaah perlu membuat pengesanan suhu badan, memakai penutup hidung dan mulut, menggunakan cecair pembasmi kuman, merekodkan kehadiran dan perlu ada penjarakan sosial (social distancing) antara jemaah.