Saiful Bukhari Persoalkan Sikap Berdiam Diri Penyokong Apabila Tun M Dihina

Saiful Bukhari Persoalkan Sikap Berdiam Diri Penyokong Apabila Tun M Dihina

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penghinaan secara karikatur yang berlaku terdapap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahanthir dalam sebuah portal berita mutakhir ini menjadi tanda tany kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, hari ini.

Saiful Bukhari yang juga Bekas pembantu peribadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sikap berdiam diri pegawai dan penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila Perdana Menteri itu dihina dalam sebuah portal berita tempatan.

Saiful yang dipetik MalaysiaGazzete berkata lebih menyedihkan apabila penghinaan itu tidak mendapat sebarang bantahan atau pembelaan daripada pegawai dan penyokong Ahli Parlimen Langkawi berkenaan.

“Saya bukan nak backup Tun, tapi hairan kenapa nak dekat 3 minggu disiar, takda pun pegawai, penyokong Tun yang bantah.

“Barangkali ini semangat Malaysia Baharu bila boss dihina, fitnah,” kata Saiful dalam kenyataan terkini di laman Twitter miliknya, hari ini.

Mohd Saiful mengulas karikatur didakwa milik kartunis politik, Zunar yang disiarkan oleh portal berita tempatan yang bertajuk ‘Join Conspiracy and Get Rewarded’.

Karikatur berkenaan yang menggunakan individu mirip Dr. Mahathir dan berlatarbelakang tahun 1998 serta di poket bajunya tertulis ‘Sex Video’.

Di sebelah kartun itu tertulis mesej sinis didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri itu…

Antaranya, “21 years ago, when Dr. M wanted to put Anwar in jail, the fake sex tactic was used.

“Many who were willing to be part of the conspiracy, got rewarded.

“None of them have been punished! That is why it continues until today!”.