Salam Takziah, 6 Anggota Penyelamat Bomba Lemas Semasa Misi Menyelamat

Salam Takziah, 6 Anggota Penyelamat Bomba Lemas Semasa Misi Menyelamat

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Nasib malang menimpa enam anggota penyelamat bomba apabila lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ke lombong di Taman Putra Perdana, Puchong di sini, malam tadi.

Jurucakap pusat pengurusan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata enam anggota penyelamat yang lemas adalah pegawai bomba dari pasukan penyelamat di air.

Kesemua mereka sedang dalam operasi SAR seorang pemancing berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong tersebut…

Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian selain dibantu beberapa anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.

Empat mayat anggota bomba yang lemas tersebut adalah anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Foto Ehsan Kosmo Online…

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Bagaimanapun remaja yang hilang tersebut masih belum ditemui.

​​​​​​​Pihak bomba dilaporkan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang sebelum lapan pegawai dan anggota sampai di lokasi 30 minit kemudian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.