Saman JPJ Kekal Tanpa Sebarang Tawaran Diskaun – Anthony Loke

Saman JPJ Kekal Tanpa Sebarang Tawaran Diskaun – Anthony Loke

0
SHARE

SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini, mengesahkan bahawa segala notis kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikekalkan tanpa sebarang tawaran diskaun.

Beliau berkata, perkara ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan ingin mendidik pengguna jalan raya segera membayar saman tanpa mengamalkan sikap menunggu tawaran diskaun bagi melangsaikan saman yang dikenakan.

“Kita tidak mahu pengguna jalan raya ambil ringan saman tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2019 sempena Tahun Baru Cina di kawasan rehat dan rawat Dengkil arah selatan di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau sama sekali tidak kisah sekiranya pendekatan sedemikan akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna jalan raya.

“Hendak marah Menteri Pengangkutan pun marahlah. Tugas saya ialah untuk kurangkan kemalangan jalan raya. Ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya,” tambah beliau.

Beliau turut berkata bahawa Loke bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya saman trafik dan saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun.