Tuesday, September 17, 2019
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu Ini, 5 Jun 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu Ini, 5 Jun 2019

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam tadi mengumumkan hari Rabu ini, bersamaan tarikh 5 Jun 2019 untuk umat Islam seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.