Sampai Ke Lubang Kubur Lepaskan Gian Dadah

Sampai Ke Lubang Kubur Lepaskan Gian Dadah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 40-an yang melepaskan gian dadah di dalam lubang kubur di tanah perkuburan Cina di Brickfields, Kuala Lumpur antara 103 penagih dadah yang ditahan semalam.

Memetik laporan Harian Metro, semua ditahan hasil serbuan di sekitar ibu kota menerusi Op Perdana 2017 siri satu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama 12 jam bermula 3 pagi.

Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin, seramai 95 pegawai dan anggota termasuk sukarelawan daripada Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Katanya, hasil operasi terbabit pihaknya melakukan saringan terhadap 138 orang dan hasil saringan mendapati 103 orang termasuk enam wanita positif pelbagai jenis dadah.

“Daripada jumlah itu, 56 orang didapati positif heroin, 39 individu positif syabu dan enam lagi ganja.

“Semua yang ditahan berusia 18 hingga 68 tahun di bawa ke AADK Sentul untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di AADK Sentul.