“Saya Sangat Perlukan Wayne Rooney” – Mourinho

“Saya Sangat Perlukan Wayne Rooney” – Mourinho

0
SHARE

LONDON – Pengurus pasukan Manchester United, Jose Mourinho memuji sikap Wayne Rooney, tetapi mengakui bahawa menguruskannya di pengakhiran tahun di Old Trafford adalah “amat sukar”.

Pemain berusia 31 tahun itu telah dijamin tempat di Old Trafford sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab dan negaranya.

Walau bagaimanapun, permainan Wayne dilihat semakin merosot pada musim ini.

Jurulatih Portugal memberitahu Omnisport, “Ia amat sukar kerana dalam kerjaya saya, saya mempunyai situasi seperti ini untuk mendapatkan pemain, di mana pemain yang hebat dengan sejarah yang menakjubkan tetapi pemain tersebut dalam tempoh terakhir kerjaya mereka.

“Sebagai contoh, Frank Lampard dan Didier Drogba. Dalam kes saya, saya mempunyai mereka dalam pasukan untuk tempoh yang terbaik dalam kerjaya mereka. Tetapi, apabila saya pulang kali kedua, saya mendpati mereka sudah berada di dalam tempoh terakhir kerjaya mereka dalam kerjaya mereka kerana corak permainan yang semakin merosot.

 “Perkara yang baik dengan Wayne adalah bahawa dia seorang lelaki yang professional dalam kerjayanya. Jika dia kecewa, dia menyembunyikan, dan jika dia tidak gembira, dia turut menyembunyikannya. Dia akan cuba sebaik mungkin berkelakuan dengan cara yang terbaik”.

“Sebenarnya sekarang, saya sangat perlukan dia, Wayne. Saya perlukan dia kembali kerana kita mempunyai begitu banyak masalah”, tambah katanya.

Rooney masih membuat 37 penampilan dalam semua kejohanan musim ini dan boleh mempunyai dua lagi dalam ke luar.

United akan menutup tirai pada kempen Liga Perdana Inggeris di tempat sendir menentang Crystal Palace pada hari Ahad ini sebelum beralih perhatian untuk fokus kepada perlawanan penting menentang Ajax di Stockholm bagi memenangi piala Liga Europa.