Sebanyak 135 Pulih, 45 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 1 Kes Kematian...

Sebanyak 135 Pulih, 45 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 1 Kes Kematian Hari Ini

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini sebanyak 45 (termasuk 1 kes import) orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,428 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 135 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 4,702 orang bersamaan dengan 73.15% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: KKM…

Menurutnya lagi sebanyak 22 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan semakin berkurang iaitu sebanyak 9 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian pada hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia setakat ini sebanyak 107 kes bersamaan 1.66%.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

KKM juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan Kerajaan Persekutuan.

TERUS KEKALKAN AMALAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 YANG DIAMALKAN SEBELUM INI.