Sebanyak 31 Kes Positif, 60 Orang Pulih COVID-19 Hari Ini – KKM

Sebanyak 31 Kes Positif, 60 Orang Pulih COVID-19 Hari Ini – KKM

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 31 (termasuk 10 kes import) orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,009 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 60 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 5,706 orang bersamaan dengan 81.41% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak 11 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 7 pesakit.

Sumber Foto: CPCC Kebangsaan, KKM…

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian di Malaysia setakat ini kekal sebanyak 114 kes bersamaan 1.63%.

KKM TERUS MEMBERI PERINGATAN DENGAN BERKATA “APA YANG PENTING, KITA KENA PATUH PADA SOP YANG DIBERIKAN KKM. PASTIKAN KITA MENGAMALKAN PENJARAKAN SOSIAL SEKURANG-KURANGNYA 1 METER, PASTIKAN KITA SENTIASA MENCUCI TANGAN DENGAN SABUN DAN AIR, PASTIKAN KITA MENGELAK PERHIMPUNAN DAN PASTIKAN KITA MELINDUNGI DIRI KITA, LINDUNGI KELUARGA KITA, LINDUNGI MASYARAKAT KITA.”