Sebanyak 63 Orang Pulih, 78 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 1 Kematian...

Sebanyak 63 Orang Pulih, 78 Kes Baharu Positif COVID-19 Dan 1 Kematian Dilaporkan KKM Hari Ini

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 78 (termasuk 25 kes import) orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,137 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 63 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 5,859 orang bersamaan dengan 82.09% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Sumber Foto: CPCC Kebangsaan, KKM…

Menurutnya lagi sebanyak kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 5 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian di Malaysia setakat ini sebanyak 115 kes bersamaan 1.61%.

KKM turut menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggung jawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia dengan kekal patuh kepada S.O.P iaitu:

S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi,
warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa sekurang-kurangnya 1meter.