Sebanyak 90 Orang Sembuh Dan 50 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini...

Sebanyak 90 Orang Sembuh Dan 50 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini – KKM

0
SHARE
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 50 (termasuk 3 kes import) orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,059 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 90 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 5,796 orang bersamaan dengan 82.10% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak 10 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 7 pesakit.

Sumber Foto: CPCC Kebangsaan, KKM…

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian di Malaysia setakat ini kekal sebanyak 114 kes bersamaan 1.61%.

KKM TERUS MEMBERI PERINGATAN DENGAN BERKATA “APA YANG PENTING, KITA KENA PATUH PADA SOP YANG DIBERIKAN KKM. PASTIKAN KITA MENGAMALKAN PENJARAKAN SOSIAL SEKURANG-KURANGNYA 1 METER, PASTIKAN KITA SENTIASA MENCUCI TANGAN DENGAN SABUN DAN AIR, PASTIKAN KITA MENGELAK PERHIMPUNAN DAN PASTIKAN KITA MELINDUNGI DIRI KITA, LINDUNGI KELUARGA KITA, LINDUNGI MASYARAKAT KITA.”