Sebotol Ubat Titis Mata Bernilai RM21.6 bilion?

Sebotol Ubat Titis Mata Bernilai RM21.6 bilion?

0
SHARE

WREXHAM, WALES – Sebotol ubat titis mata di sebuah kedai rangkaian penjagaan mata, Specsavers bernilai £4 bilion (RM21.6 bilion). Perkara ini mengejutkan seorang lelaki  Martyn Chidlow, 55, ketika ingin membayar bagi sebotol ubat titis mata tersebut.

Namun, kejadia tersebut adalah bukan harga sebenar kerana berlaku kesilapan mesin daftar tunai apabila sistem komputernya menunjukkan harga yang salah terhadap barang berkenaan, lapor akhbar Daily Mail.

Menurut Chidlow, dia yang pada mulanya terkejut dengan harga dipaparkan tersebut kemudiannya mula ketawa dan berasa kasihan dengan wanita penjaga mesin daftar tunai tersebut.

“Pekerja itu menjalankan tugas dengan baik dan menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas. Ia bukanlah kesilapan manusia tetapi mesin.

Saya bergurau dengan isteri mengenai peristiwa itu bahawa sekiranya saya tidak ke Specsavers, saya mungkin tidak akan mengesan kesalahan berkenaan,” katanya.

Jurucakap jenama tersebut turut serta menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka apabila dia mengatakan mesin daftar tunai mereka perlu melakukan pemeriksaan di Specsavers.