Sejak Pentadbiran Trump, Hutang AS Catat Rekod RM89.5 Trilion

Sejak Pentadbiran Trump, Hutang AS Catat Rekod RM89.5 Trilion

0
SHARE

WASHINGTON – Sejak pentadbiran Presiden Donald Trump, dilaporkan hutang Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod baharu berjumlah hampir AS$22 trilion (RM89.5 trilion), namun pemimpin-pemimpin Parti Republikan masih berdiam diri.

Jumlah hutang itu adalah lebih besar daripada ekonomi negara…

Memetik laporan AFP, hutang Washington mencecah AS$19.9 trilion (RM81.1 trilion) apabila Trump mengambil alih pentadbiran White House sekali gus menyamai keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS untuk kali pertama sejak Perang Dunia Kedua.

Ia ekoran pinjaman berterusan oleh Washington bagi menutup defisit perbelanjaan di samping peningkatan bayaran kadar faedah.

Secara perbandingan, hutang Perancis yang juga menyamai KDNK negara itu, berjumlah lebih sedikit daripada AS$2.6 trilion (RM10.5 trilion) setakat akhir September tahun lalu.

Pemotongan besar cukai korporat yang dilaksanakan oleh Trump pada akhir 2017 dan peningkatan perbelanjaan, terutamanya dalam bidang pertahanan, mengakibatkan defisit ekonomi terbesar di dunia itu meningkat.

“Jika kita tidak mempunyai bala tentera yang kuat, kita tidak perlu risau tentang hutang kerana kita akan mempunyai masalah yang lebih besar,” kata Trump kepada pemberita minggu lalu.Defisit belanjawan AS menokok 17 peratus kepada AS$779 bilion (RM3.2 trilion) tahun lalu dan merupakan yang paling buruk sejak tahun 2012, manakala defisit itu dijangka terus meningkat tahun ini kepada AS$900 bilion (RM3.6 trilion).

AS pernah mencatatkan belanjawan lebihan selama empat tahun di bawah pentadbiran Presiden daripada Parti Demokrat, Bill Clinton ketika ekonomi negara mencatat pertumbuhan memberangsangkan.Bagaimanapun, ekonomi negara itu kembali merosot ekoran perang Iraq ketika Presiden George W. Bush mengambil alih pentadbiran negara.