Sekolah Dibuka Semula Mulai 15 Julai Ini – Dr Mohd Radzi

Sekolah Dibuka Semula Mulai 15 Julai Ini – Dr Mohd Radzi

0
SHARE
Dr Mohd Radzi Md Jidin...

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini, pada sidang media khas sebentar tadi memaklumkan bahawa operasi sekolah menengah bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4, kelas peralihan dan murid Tahun 5 serta 6 di sekolah rendah, akan bermula 15 Julai ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Empat pula ialah pada 22 Julai ini.

Sumber Foto; Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)…

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya lagi.