Sekumpulan Pelajar Cipta Peranti Bagi Kurangkan Ketagihan Melayari Internet

Sekumpulan Pelajar Cipta Peranti Bagi Kurangkan Ketagihan Melayari Internet

0
SHARE
Peranti ‘Nettox’...

JAKARTA, INDONESIA – Satu peranti berjaya dicipta oleh sekumpulan pelajar Universiti Indonesia di mana peranti tersebut dapat membantu pengguna internet mengurangkan ketagihan melayari internet pada telefon pintar masing-masing.

Menurut Irfan Budi Satria selaku ketua kumpulan pelajar itu menerangkan peranti ciptaan mereka dinamakan ‘Nettox’ iaitu singkatan kepada ‘internet detox’.

Irfan yang dipetik Reuters berkata bahawa peranti itu boleh dipakai di pergelangan tangan dan mengandungi pengesan oksimeter nadi yang mengukur tahap hemoglobin oksigen dan kepelbagaian kadar jantung (HRV).

Kajian mendapati penggunaan berpanjangan telefon bimbit mempunyai kesan penurunan tertentu ke atas parah HRV.

Peranti  ‘Nettox’  akan mengeluarkan bunyi apabila HRV dan paras oksigen darah jatuh, yang mengingatkan pemakai supaya berhenti menggunakan telefon mereka.

Bagi golongan berusia antara 18 dan 25 tahun, HRV sepatutnya kekal di atas 60 secara ideal, menurut Persatuan Psikologi Amerika, kata Satria.

Pada percubaan baru-baru ini, bacaan HRV seorang pelajar universiti, Tyas Sisianindita, adalah 14.

Ketagihan internet menjadi isu sosial yang semakin meningkat di Indonesia.

Oktober lalu, dua remaja dirawat kerana ketagihan permainan internet, lapor media.

“Kanak-kanak perlu diajar menjadi lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti luar,” kata pakar psikologi, Kasandra Putranto.

Pasukan Satria berusaha menghasilkan Nettox bagi memenuhi keperluan individu dan memperbaiki ketepatannya kerana bacaan HRV bergantung kepada bentuk tubuh seseorang, jantina dan keadaan kesihatan.

Mereka mensasarkan untuk memohon paten bagi ciptaan dengan universiti menjelang tahun hadapan.

Satria berkata, Nettox mensasarkan mereka yang sudah pun melabur untuk mengubah tabiat mereka.

“Matlamat kami adalah untuk membantu golongan yang mementingkan kesihatan.

“Membantu mereka yang mahu membebaskan diri daripada ketagihan internet,” katanya.