Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 – Malaysia Kini 2.0

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 – Malaysia Kini 2.0

0
SHARE

DENGAN TULUS IKHLAS DAN PENUH RENDAH DIRI, KREW MALAYSIA KINI 2.0 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Marilah kita sentiasa mengamalkan SOP yang telah disarankan KKM sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dan jadikan perayaan kali ini sebagai pengalaman baru buat kita semua, dan bukannya kenangan pahit.

Sebelum itu, di bawah ini adalah langkah-langkah yang boleh di amalkan oleh tuan rumah semasa merayakan hari raya;

1. Setiap rumah mesti mempunyai pembersih tangan di pintu masuk.

2. Daftar nama dan nombor telefon pelawat.

3. Tidak boleh berjabat tangan, salam atau berpelukan.

4. Jauhkan jarak antara satu sama lain terutama warga emas, jika warga emas boleh  diasingkan atau ada penghadang kaca adalah lebih baik.

5. Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati atau jangan melawat langsung.

6. Jangan menghidngkan makanan secara ‘buffet’. Elakkan makanan dari terdedah.

7. Makanan lebih baik dibungkus terlebih dahulu atau gunakan pinggan dan cawan pakai buang di mana penghapusan sisa makanan dan peralatan pakai buang.

8. Pastikan semua permukaan di ruang makan, ruang legar dan kawasan yang tetamu   mengunjung di bersihkan dengan rapi setelah tetamu pulang pada penghujung hari.

Salam Aidilfitri dari kami di Malaysia Kini 2.0…