Semua Sekolah Di Sabah Berjaya Tingkatkan Prestasi Akademik – Maimunah

Semua Sekolah Di Sabah Berjaya Tingkatkan Prestasi Akademik – Maimunah

0
SHARE
MAIMUNAH menyampaikan ucapannya pada majlis itu...

RANAU, SABAH – Semua sekolah di Sabah berjaya meningkatkan prestasi akademik dalam semua peperiksaan. Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata prestasi tersebut boleh dilihat dalam peperiksaan sekolah rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan STAM pada tahun 2017.

Beliau mendedahkan penguasaan tahap minimum UPSR 2017 adalah 54.72 peratus meningkat 2.9 peratus berbanding pencapaian sebelumnya, 51.82 peratus.

Bagi SPM pula, katanya, Sabah mencapai Gred Purata Negeri 5.51 dengan jumlah kelulusan 86.20 peratus, berbanding pencapaian pada tahun 2017 iaitu GPN 5.64 dengan peratus kelulusan 85.91 peratus.

“Untuk STPM dari segi Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK) pada tahun lelas adalah sebayak 0.08…

“Manakala jurang perbezaan GPNK antara Sabah dengan negeri-negeri lain semakin mengecil dan ini menunjukkan prestasi Sabah semakin baik,” ujarnya.

Maimunah turut menjelaskan sebanyak 30 buah sekolah telah dibina pada tahun 2017 dan 120 sekolah lagi bagi fasa 1 pada tahun 2018 di bawah peruntukan diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM 1 billion.

Selain itu, beliau juga menyatakan murid-murid sekolah menerima 19 jenis bantuan dalam bentuk pembiayaan pendidikan dengan purata RM8,900 bagi setiap murid.

Beliau yang berucap demikian pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Kompleks Sukan, pada Rabu yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’, majlis tersebut menghimpunkan lebih 2,000 guru dari seluruh Sabah dan turut dihadiri Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.