Senarai Penuh Penerima Pingat Darjah Kebesaran Sabah 2018 Sempena Harijadi TYT Sabah

Senarai Penuh Penerima Pingat Darjah Kebesaran Sabah 2018 Sempena Harijadi TYT Sabah

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 1,158 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di sini, hari ini. Majlis pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran akan berlangsung di Istana Negeri Sabah selepas istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-65 yang diadakan di Padang Merdeka.

Dak Wah yang dilantik ke jawatan berkenaan menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada Julai lalu menerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Selain beliau, turut menerima SPDK ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, Datuk Hashim Paijan, menjadikan hanya dua penerima darjah kebesaran berkenaan pada tahun ini.

Sementara itu, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, iaitu Datuk Jaujan Sambakong dan Christina Liew Chin Jin yang juga Pengerusi PKR Sabah, adalah antara 65 penerima darjah kedua tertinggi negeri, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima PGDK ialah Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Darell Leiking; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

Penerima lain ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony; Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang juga Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong; Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Fung.

Nama lain yang turut tersenarai menerima PGDK ialah Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Jimmy Wong.

Sementara itu, seramai 25 wakil rakyat WARISAN, DAP dan PKR adalah antara 119 penerima darjah ketiga tertinggi Sabah, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Antaranya ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar , Isnarissah Munirah Majilis; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Kenny Chua dan Sariffudin Hata; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Assaffal Alian dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Dr Daud Yusof.

Turut tersenarai ialah Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang; Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang dan Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Norazlinah Arif.

Yang lain termasuk Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin; Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’Mun Sulaiman dan Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual.

Tidak ketinggalan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Lorreto Padua JR dan Terence Siambun yang juga masing-masing Setiausaha Agung dan Bendahari Agung WARISAN; ADUN Liawan, Rasinin Koutis; ADUN Luyang Ginger Phoong dan ADUN Likas, Tan Lee Fat.

Sementara itu, seramai 333 orang tersenarai menerima Bintang Kinabalu (BK), 234 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 252 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 141 orang menerima Sijil Kehormat (CH) dan 12 orang menerima Jaksa Pendamai (JP).

Berikut merupakan Senarai Penuh Penerima Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran;

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK)

Jaksa Pendamai (JP)

Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK)

Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK)

Ahli Darjah Kinabalu (ADK)

Bintang Setia Kinabalu (BSK)

Bintang Kinabalu (BK)

Sijil Kehormat/Certificate of Honours (CH)