Sengaja Berperwatakan Lembut Untuk Samun Kedai Serbaneka

Sengaja Berperwatakan Lembut Untuk Samun Kedai Serbaneka

0
SHARE

BAGAN SERAI РSekumpulan tiga daripada empat lelaki yang berperwatakan lembut ditahan polis pagi kelmarin, Khamis, ketika cuba melakukan samun kedai serbaneka 24 jam di pusat bandar Parit Buntar, Bagan Serai.

Menurut laporan Harian Metro, dipetik berkata Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob bahawa, dalam kejadian 3 pagi itu, sepasukan anggota melakukan rondaan cegah jenayah sekitar pusat bandar terserempak dengan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di atas motosikal berhampiran premis KFC, di pusat bandar Parit Buntar.

Beliau berkata, anggota melakukan pemeriksaan dan bertindak menahan suspek.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui sebilah parang terselit pada bakul motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang suspek.

Sumber Foto; Harian Metro

“Selain parang, polis turut menemui sebilah pisau dan dua kain skaf di dalam beg galas yang dipakai mereka.

“Suspek yang berumur 21 dan 18 tahun mengaku cuba melakukan samun di premis kedai serbaneka berhampiran bersama dua lagi rakan mereka yang bertindak sebagai Tonto,” katanya.

Menurutnya, susulan maklumat itu polis kemudiannya berjaya memberkas dua lagi rakan suspek berumur 26 dan 17 tahun di kawasan kilang berhampiran lokasi kejadian.

“Siasatan terhadap kesemua suspek mendapati dua daripadanya (suspek awal) mengaku terbabit dalam dua kes samun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Besar dan Jalan Siakap, tahun ini.

“Semakan lanjut mendapati suspek berusia 26 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya percaya dapat menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka sepanjang tahun ini dengan tertangkapnya suspek.