Seorang Lelaki Warga Malaysia Ditemui Mati Di Dalam Tahanan Pihak Berkuasa Thailand

Seorang Lelaki Warga Malaysia Ditemui Mati Di Dalam Tahanan Pihak Berkuasa Thailand

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SADAO, THAILAND – Lelaki berusia 34 tahun berasal dari Padang Besar, Malaysia ditemui mati ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand di Sadao Jumaat lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, ketika dihubungi pemberita mengesahkan bahawa kejadian itu dan mayat lelaki berkenaan sudah dikebumikan selepas dituntut ibunya yang juga warga Thailand.

Katanya, lelaki terbabit ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan masuk ke negara berkenaan secara haram.

Menurut sumbre, lelaki tersebut membunuh diri dengan menjerut lehernya menggunakan baju yang diikat pada jeriji lokap.

Dia ditemui tidak sedarkan diri pada jam 1.30 tengahari sebelum disahkan meninggal dunia oleh hospital tempatan pada jam 4.30 petang Jumaat lalu.