Seorang Remaja Palestin Ditembak Mati Oleh Tentera Israel

Seorang Remaja Palestin Ditembak Mati Oleh Tentera Israel

0
SHARE

GAZA, PALESTIN – Kementerian Kesihatan Wilayah Gaza yang ditadbir Hamas hari ini mengesahkan bahawa seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tenterar IsraelĀ berhampiran sempadan wilayah tersebut.

Fahd al-Astal, 16, meninggal dunia, selepas ditembak di perut di timur Khan Yunis, selatan Gaza dengan empat penduduk Palestin lain turut cedera, katanya.

Tunjuk perasaan sempadan dengan Israel dibatalkan secara rasmi, hari ini. Namun, penduduk yang dipetik AFP berkata, ada sejumlah kecil penduduk muda Palestin masih menghampiri pagar sempadan.

Sekurang-kurangnya 348 penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan Israel di Gaza, sejak tunjuk perasaan minggu bermula, Mac 2018.