Seorang Wanita Dicabul Jiran Ketika Tidur

Seorang Wanita Dicabul Jiran Ketika Tidur

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita berdepan detik hitam apabila dicabul ketika tidur oleh jirannya di rumahnya di Inanam, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian pada jam 11 malam itu, suami wanita berusia 38 tahun itu tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata tidak lama selepas suami mangsa keluar, suspek masuk ke rumah terbabit.

“Suspek menarik seluar dalam mangsa sebelum mangsa tersedar dan dapat mengecam suspek sebagai jirannya,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Habibi berkata, mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek melarikan diri.

“Laporan polis dibuat dan usaha mengesan suspek berusia 40-an sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.