Serangan Bom Militan Ragut 10 Nyawa Polis Kenya

Serangan Bom Militan Ragut 10 Nyawa Polis Kenya

0
SHARE
Militan Al Shabaab..(Sumber Foto; Reuters)

NAIROBI, KENYA – Serangan bom berhampiran sempadan Somalia yang dilakukan semalam telah menyebabkan sekurang-kurangnya 10 pegawai polis Kenya terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki mereka terkena serangan bom tersebut.

Menurut laporan polis yang dipetik Reuters, bahan letupan berkenaan dipercayai ditanam militan Al Shabaab.

Dalam satu kenyataan berasingan polis berkata, beberapa pegawai terbunuh namun tidak memberikan jumlah sebenar.

Terdahulu, satu letupan hampir sama pada Jun lalu turut membunuh kira-kira 12 anggota polis.