Shafie Apdal Akan Dilantik Menteri Kanan Persekutuan?

Shafie Apdal Akan Dilantik Menteri Kanan Persekutuan?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Adakah Tun Dr. Mahathir akan melantik Datuk Seri Shafie Apdal menjadi menteri penuh sekiranya berlaku perubahan portfolio menteri Kabinet Persekutuan?

Itu desas-desus terbaru yang bertiup kencang dikalangan ahli dan pemerhati politik ketika ini.

Turut kedengaran akan dilantik menjadi menteri dalam Kabinet Tun Dr. Mahathir adalah Dato’ Sri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Pa’.

Dato’ Sri Mustapa Mohamed (Tok Pa)…

Selain pernah menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ‘Tok Pa’ juga merupakan Ahli Parlimen Jeli Kelantan dan telah menyertai BERSATU pada 26 Oktober 2018 yang lalu.

Ketika diajukan soalan kepada beberapa orang pemerhati politik bebas mengenai khabar angin ini mereka berpendapat bahawa perubahan kementerian dan pelantikan menteri baharu dilihat adalah perkara biasa dan untuk mengukuhkan lagi pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Tun Dr. Mahathir pernah mengakui sebelum ini kebanyakan menterinya adalah orang baharu dan kurang berpengalaman ketika mereka mula dilantik ke jawatan masing-masing.

Beliau pernah memberikan mereka lima markah daripada 10…

Syihab Al-Hadi seorang pemerhati politik ketika ditanya mengenai perkara ini berkata “tidak ada yang megejutkan sekalipun Tun Dr. Mahathir ingin melantik Datuk Seri Shafie Apdal mengisi jawatan menteri penuh di peringkat Persekutuan memandangkan Shafie sebelum ini pernah menjadi timbalan menteri dan menteri penuh selama hampir 21 tahun.”

“Pengalaman luas beliau dalam mentadbir beberapa kementerian sebelum ini sudah tentu mampu membantu barisan Kabinet Tun Dr. Mahathir melaksanakan agenda pembangunan yang telah dirancang untuk dilaksanakan.”

Untuk rekod, selain pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada tahun 1995, Shafie juga pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertahanan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW).

Syihab berkata lagi “saya yakin tidak timbul soal penolakan oleh Shafie sekiranya benar wujud tawaran jawatan menteri penuh kanan oleh Tun Mahathir disebabkan agenda nasional perlu diutamakan dan barisan Kabinet persekutuan ketika ini perlu dimantapkan lagi.”

“Ini juga telah dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Dato’ Seri Azmin Ali meskipun kedua-dua mereka sebelum ini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor,” tambah Syihab.