Shafie Apdal Berbohong? Wajar Mohon Maaf Ke Atas Tan Sri Musa Aman...

Shafie Apdal Berbohong? Wajar Mohon Maaf Ke Atas Tan Sri Musa Aman Dan Rakyat Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Shafie Apdal digelar ‘pembohong besar’ selepas Jabatan Audit Negara mengesahkan bahawa negeri Sabah mempunyai tadbir urus kewangan yang baik pada tahun 2017.

Sebelum ini, Shafie Apdal mendedahkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai rizab kewangan yang berjumlah RM3 billion hingga RM4 billion seperti yang diumumkan kerajaan terdahulu.

Shafie berkata “pemerintahan dahulu mengatakan Sabah mempunyai rizab kewangan di antara RM3 bilion sehingga RM4 bilion.”

“Tetapi kini sekali, saya melihat, tidak ada rizab pun, yang ada hanya hutang, tidak apa, kita akan bermula daripada ‘zero’. Kita mempunyai sumber alam yang kaya,” jelas Shafie membuat kenyataan tersebut di dalam majlis kesyukuran Parti Warisan Sabah yang berlangsung di Penampang pada bulan Mei yang lalu.

Menurut Jabatan Audit Negara laporan kewangan bagi tahun 2017, Siri 2 tahun 2017 yang di terbitkan pada 03 Disember 2018 menyebut bahawa Akaun Hasil Disatukan negeri Sabah mempunyai baki terkumpul meningkat kepada RM3.80 bilion atau 1.5 peratus (1.5%).

Negeri Sabah yang diterajui oleh Tan Sri Musa Aman selaku Menteri Kewangan juga telah menunjukkan prestasi tadbir urus yang baik apabila mencatatkan lebihan (surplus) pendapatan berjumlah RM56.66 juta pada tahun 2017.

Menurut laporan itu lagi, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Sabah juga mencatatkan peningkatan sejumlah RM390.64 juta atau 16.2 peratus kepada RM2.80 bilion pada tahun 2017 berbanding RM2.41 bilion pada tahun 2016.

Manakala, kutipan hasil juga telah meningkat sejumlah RM444.44 juta atau 12.9 peratus (12.9%) kepada RM3.89 bilion pada tahun 2017.

Dalam pada itu, rancangan pelaburan kerajaan negeri Sabah pada tahun 2017 juga telah menunjukkan hasil yang amat membanggakan apabila tunggakan bayaran balik Hutang Awam juga telah menurun kepada RM29.60 juta. Tunggakan hasil telah meningkat sejumlah RM41.10 juta kepada RM534.89 juta pada tahun 2017, menurut laporan itu lagi.

Manakala, pelaburan dalam bentuk simpanan tetap dan deposit negeri Sabah berjumlah RM2.51 bilion dan, pelaburan di Perbadanan Awam serta Badan Berkanun pada akhir tahun 2017 berjumlah RM6.58 bilion.

“Kedua-dua pelaburan tersebut telah memberi pulangan dalam bentuk faedah dan dividen masing-masing berjumlah RM112.67 juta dan RM140.43 juta. Tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut telah menurun kepada RM802.32 juta”.

Laporan audit itu juga turut menyebut bahawa “di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) sebanyak 7,270 projek telah dirancang termasuk projek khas/kecil Jabatan Ketua Menteri untuk dilaksanakan oleh 11 Kementerian serta Jabatan”.

Prestasi pencapaian pelaksanaan projek di bawah RMK11 adalah baik dengan 6,525 projek atau 89.7 peratus (89.7%) telah siap dilaksanakan, sebanyak 587 projek atau 8.1 peratus (8.1% – sedang dilaksanakan) dan 158 projek atau 2.2 peratus (belum bermula).

“Pencapaian prestasi perbelanjaan pada tahun 2017 adalah RM997.54 juta atau 78.2 peratus daripada peruntukan semasa yang diluluskan oleh kerajaan negeri,” menurut laporan berkenaan itu lagi.

Dalam pada itu, Baharuddin salah seorang penganalisis politik bebas berkata “Laporan oleh Jabatan Audit Negara bagi tahun 2017 ini adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kebolehan kepimpinan Tan Sri Musa Aman yang begitu cemerlang di dalam menerajui negeri Sabah sebelum ini. Manakala jolokan “Bapa Pembangunan Negeri Sabah” yang diberikan kepada beliau sebelum ini sewajarnya dikekalkan ke atasnya”.

Baharuddin berkata lagi “jika benar Shafie ada mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan menafikan Sabah sebelum ini tidak mempunyai rizab kewangan, saya fikir Shafie wajar memohon maaf secara terbuka kepada Tan Sri Musa Aman dan seluruh rakyat Sabah”.

“Ini adalah jelas satu fitnah yang tidak sepatutnya berlaku”…

“Saya turut difahamkan bahawa Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Chong Kah Kiat hanya meninggalkan rizab kewangan sekitar RM180 juta sebelum Tan Sri Musa Aman mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah dan kini rizab kewangan negeri telah melebihi 3 billion,” Baharuddin berkata lagi.

“Shafie Apdal tidak sepatutnya berbohong terhadap fakta yang ada dan Shafie sepatutnya merasa malu kerana kerajaan yang dibentuk oleh beliau ketika ini pun bukanlah atas majoriti pilihan rakyat, sebaliknya ianya berlaku selepas wakil rakyat berlaku khianat kepada Barisan Nasional (BN) dengan melompat keluar parti kemudian Shafie berada di kedudukan ketika ini.

Namun, harus dingatkan bahawa mahkamah rayuan masih belum bersidang untuk menentukan kesahan Ketua Menteri ketika ini,” tambah Baharuddin lagi.

Untuk rekod Negeri Sabah sebelum ini telah mendapat sijil tanpa teguran selama 15 tahun beturut-turut dan juga mendapat pengiktirafan angerah “Triple-A” di atas urus tadbir kewangan yang baik.