Shafie Apdal Dan Kerajaan Warisan Memang Melampau!!! Peniaga Rokok Haram Dijual PATI...

Shafie Apdal Dan Kerajaan Warisan Memang Melampau!!! Peniaga Rokok Haram Dijual PATI Tidak Ditangkap Tapi Peniaga Bumiputera Jual Khinzir (Babi) Hutan Pula Yang Kena – Warganet

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sejak pagi tadi telah tular di laman media sosial Facebook dan sebaran WhatsApp sekeping foto beberapa orang penguatkuasa jabatan haiwan Kota Kinabalu dikatakan telah merampas daging khinzir (babi) hutan yang dijual oleh peniaga Bumiputera di kawasan pasar Tambunan kononnya atas alasan mereka tidak mempunyai lesen sembelihan.

Warganet dalam ruangan komen jelas berasa marah dengan tindakan penguatkuasa tersebut, sambil mengecam sekeras-kerasnya tindakan mereka yang dilihat tidak bersifat adil ke atas peniaga yang kesemuanya adalah Bumiputera dan warganegara Malaysia.

Sebahagian besar warganet turut mengecam Datuk Seri Shafie Apdal dan parti Warisan Sabah kerana mengamalkan undang-undang berat sebelah ke atas peniaga Bumiputera Sabah.

“Peniaga rokok haram warga Filipina begitu ramai di pekan dan bandar-bandar utama di seluruh Sabah tidak dikenakan tindakan, peniaga Bumiputera pula dizalimi.”

“Shafie Apdal memang layak digelar ‘JUARA’ bab mempertahankan warga Filipina sehingga mereka diberikan PSS (Pas Pengenalan Sementara) dengan bayaran paling rendah jika dibandingkan dengan pemegang pasport yang datang dari Indonesia termasuklah negara lain. Ramai di antara mereka berniaga rokok haram (seludup) tanpa ditangkap, sebaliknya Shafie melayan peniaga Bumiputera dengan cara yang cukup kejam.”

Ada juga di antara warganet yang menyindir dengan kenyataan “apa yang pengundi KDM dapat selepas mengundi Warisan adalah dengan melihat layanan ke atas kaum tersebut semakin tertekan, hak peniaga dinafikan dan juga orang-orang Warisan menggelar Kadazan Dusun sebagai pendatang dari Mongolia.”

“Sudah tiba masa kaum asal Sabah sama ada beragama Islam mahupun bukan untuk gotong-royong menguburkan parti Warisan sekiranya berlaku pilihan raya pada masa akan datang.”

“Semasa Tan Sri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, ramai peniaga Bumiputera yang bukan beragama Islam bebas menjual daging babi hutan malahan diberikan tempat untuk berniaga┬ádan tidak pernah berlaku pemeriksaan sebegini. Ini adalah jelas satu pengkhianatan kepada peniaga Bumiputera bukan Islam oleh Shafie Apdal dan kerajaan Warisan Sabah,” warganet dipetik berkata.

Dalam pada itu, wartawan Malaysiakini2 sedang berusaha untuk cuba menghubungi pejabat jabatan haiwan Kota Kinabalu bagi meminta penjelasan lanjut mengenai isu ini.