Shafie Apdal Didesak Letak Jawatan Dan Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Penjawat...

Shafie Apdal Didesak Letak Jawatan Dan Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Penjawat Awam Susulan Tindakan Salah Lantik Orang Awam Jadi Pengarah JANS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan bahawa pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagai tidak sah, kini timbul pula desakan kuat daripada kalangan rakyat Sabah termasuk penjawat awam agar Datuk Seri Shafie Apdal untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga sebaiknya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah kerana secara sengaja telah merosakkan sistem pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang telah terbina sejak sekian lama.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 09 Okt 2019 yang lalu telah mengisytiharkan pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Amarjit Singh sebagai tidak sah.

Penghakiman itu dibuat oleh Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berkaitan kes difailkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

Datuk Seri Shafie Apdal telah melantik Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada tahun lepas meskipun mendapat bantahan oleh rakyat Sabah, dengan alasan Amarjit adalah orang awam dan tidak mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sebelum ini, Datuk Yong Teck Lee dan ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung telah memfailkan dan memohon pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Amarjit Singh oleh Shafie Apdal adalah menyalahi undang-undang dan ia melanggar Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Yong Teck Lee bersama, penyokong dan panel peguam beliau meraikan kemenangan diluar mahkamah…

Dalam saman yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Mac 2019 yang lalu Yong dan ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung juga memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 3 Enakmen itu menyatakan bahawa hanya anggota perkhidmatan awam sahaja yang layak untuk menggalas jawatan kanan.

Mereka turut mendakwa tindakan melantik Amarjit pada Ogos 2018 telah menjejaskan bekalan air di Sabah dalam jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Sebagai contoh adalah tindakan membatalkan dua projek bekalan air penting di Tawau dan Lahad Datu secara mendadak ketika Amarjit mengambil alih tugas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Mereka turut mendakwa lagi bahawa Amarjit tidak pernah menjadi anggota perkhidmatan awam negeri dan tidak pernah menjalani latihan kecekapan, penilaian kecekapan, pembangunan profesional dan peperiksaan kerajaan seperti yang diperlukan untuk dilantik ke jawatan kanan itu.

Sebaliknya, mereka percaya bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri adalah kerana dia merupakan ahli Parti Warisan Sabah iaitu parti yang memerintah ketika ini.

Beberapa individu pula ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes yang penuh kontrovetsi ini berkata “Shafie sepatutnya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam di negeri Sabah kerana secara jelas telah menghina mereka, ada di antara penjawat awam yang mempunyai kelayakan untuk dilantik mengisi jawatan Pengarah Jabatan Air tersebut, malahan telah mencurahkan bakti puluhan tahun serta bermula dengan lantikan sebagai pegawai rendah. Tetapi, sebaliknya Shafie telah melantik Amarjit dengan membelakangkan pengorbanan penjawat awam yang telah berkhidmat sejak sekian lama”.

“Shafie dilihat cuba bemain wayang apabila melantik Amarjit dan dalam pada masa yang sama turut melantik pula Dato’ Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang mengurus tadbir projek pembangunan negeri Sabah.

Sumber Foto dipetik daripada portal berita malaysiakini…

“Ini dilihat seolah-olah mereka sedang membuat percaturan mengurus projek untuk kepentingan tertentu, buktinya ialah selepas Amarjit dilantik sebagai Pengarah projek pembinaan empangan Papar┬ádengan peruntukan sebanyak RM2 billion yang telah diumumkan untuk dilaksanakan meskipun parti Warisan membantah pembinaan empangan sebelum ini kononnya akan merosakkan eko-sistem, tanah perkuburan dan sumber pendapatan utama penduduk kampung.

Sumber Foto dipetik daripada portal berita BH Online…

“Umum juga mengetahui Peter sebelum ini adalah seorang kontraktor dan Amarjit pula adalah perunding projek, kedua-dua mereka pernah direman oleh pihak SPRM susulan kes rasuah peruntukan luar bandar sebanyak 1.5 billion dan sudah tentu apabila mereka berpasangan pula dalam satu organisasi orang ramai pasti akan memandang serong dengan mereka”.

Sumber Foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber Foto dipetik daripada portal berita FMT…
Sumber Foto dipetik daripada portal berita FMT…

Mereka berkata lagi “Shafie dilihat mentadbir negeri Sabah sepeti negeri ‘Koboi’ kerana sebelum ini juga pernah melantik orang awam yang juga tauke balak sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, di mana logik Shafie melantik kalangan orang awam ahli parti Warisan menjadi penjawat awam, adakah mereka faham perintah am dan urusan pentadbiran sedangkan mereka langsung tidak pernah menjadi penjawat awam sebelum ini?”

Datuk Seri Shafie Apdal melantik Datuk Hu (berbaju kemeja putih) sebagai Presiden MPS…

“Cara pentadbiran Shafie mungkin sesuai di Selatan Filipina, tetapi tidak sesuai di Sabah.”

Menurut sumber, Amarjit masih lagi ke pejabat Pengarah walaupun tidak sekerap sebelum ini dan sekaligus dilihat sebagai penghinaan kepada undang-undang dan Mahkamah yang telah memutuskan bahawa pelantikan Amarjit adalah salah dari sudut undang-undang.