Shafie Apdal Didesak Letak Jawatan Susulan Aktiviti Pembalakan Yang Semakin Tidak Terkawal...

Shafie Apdal Didesak Letak Jawatan Susulan Aktiviti Pembalakan Yang Semakin Tidak Terkawal Di Sabah? Dan Video Puluhan Lori Balak Terkandas Akibat Kemalangan Di Nabawan

0
SHARE

NABAWAN, SABAH – Video hampir 56 buah lori mengangkut balak yang terkandas di jalan raya yang menghubungkan jalan Nabawan ke Kalabakan secara jelas telah membangkitkan kemarahan rakyat Sabah terhadap kerajaan Warisan Negeri Sabah berhubung pembalakan yang dilihat semakin tidak terkawal.

Video yang mula tular sejak petang kelmarin berdurasi 1 minit 20 saat menunjukkan puluhan lori dan kenderaan orang awam turut terkandas akibat sebuah lori jenis treler telah terbalik dan menyebabkan balak yang diangkat telah berjatuhan ke jalan raya.

 

 

 

 

 

 

Mengulas insiden itu, beberapa orang aktivis alam sekitar termasuk rakyat Sabah mempertikaikan kenapa aktiviti pembalakan semakin rancak semasa Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah.

Mereka berkata lagi “Shafie Apdal sepatutnya meletak jawatan kerana jelas telah gagal mentadbir Sabah.”

“Bagaimana Shafie mahu mengemudi Sabah, lihat sahaja Semporna sebelum ini turut digelar oleh pelancong asing sebagai daerah terkotor di Malaysia, selain dikenali daerah paling ramai dihuni oleh pendatang asing tanpa izin (PATI), dan yang lebih memalukan lagi apabila pelancong negara China telah maut terkena bom ikan.”

“Bukankah setiap kayu balak di Sabah sepatutnya dilindungi oleh kerajaan negeri dan wujud syarat-syarat ketat untuk menebangnya memandangkan kesan kepada penebangan balak tersebut boleh mengakibatkan banjir, pencemaran sungai malahan binatang liar seperti gajah, orang utan turut akan berhadapan dengan masalah besar.”

Mereka turut mempersoalkan siapa sebenarnya pemilik kepada kayu balak ini? Adakah ianya adalah milik pemimpin parti politik pemerintah ataupun sebaliknya?

Oleh sebab itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tampil menyiasat aktiviti pembalakan ini.

“Seluruh rakyat Sabah sepatutnya tampil membantah aktiviti pembalakan ini, kerana setiap kayu balak di Sabah juga adalah hak milik seluruh rakyat Sabah,” kata mereka sambil mengecam Datuk Seri Shafie Apdal kerana gagal mentadbir Negeri Sabah dengan baik.

“Cuba bayangkan jika tidak ada bantahan terhadap aktiviti pembalakan di Sabah dalam tempoh 4 tahun dari sekarang, negeri Sabah jelas akan hancur.”

“Adakah pembalak ini turut menebang kayu di dalam kawasan hutan simpan? yang peliknya dari mana datangnya kayu yang begini banyak kalau bukan diambil dari hutan simpan,” mereka berkata lagi.

Beberap hari yang lalu sebuah badan bukan kerajaan NGO, ‘Gerakan Anti Rasuah Malaysia’ atau ‘GERAM’ juga turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat aktiviti pembalakan di Sabah yang dilihat semakin tidak terkawal.

‘GERAM’ berkata lagi SPRM diminta untuk mewujudkan satu pasukan khas dan tampil menyiasat aktiviti pembalakan di Sabah yang dilihat semakin menjadi-jadi dan turut khuatir ianya akan menyebabkan bencana alam terutamanya banjir dan yang lebih parah lagi adalah pencemaran air sungai bagi kegunaan harian penduduk kampung.

Untuk rekod sepanjang 15 tahun Tan Sri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, hutan yang berjaya ditanam semula, dipulihkan dan dirawat, meliputi kawasan seluas 700,000 hektar dan merupakan yang terbesar di Malaysia.

Kawasan hutan dilindungi pula adalah meliputi 1.9 juta hektar atau 26% daripada keluasan keseluruhanan negeri…

Pencapaian pemulihan kawasan hutan yang membanggakan ini turut mendapat pengiktirafan antarabangsa di bawah Forest Stewardship Council Standard, WWF dan turut diiktiraf sebagai antara ekosistem paling kompleks di dunia, di mana hutan di Sabah menyebabkan habitat semula jadi yang jarang ditemui di luar negara hanya boleh ditemui di Sabah antaranya adalah spesies hidupan liar terancam seperti banteng, gajah Asia, harimau dahan, orang utan, monyet proboscis serta pelbagai fauna tanah rendah di Sabah.

Justeru, kerisauan aktivis alam sekitar dan rakyat Sabah ketika ini jelas mempunyai asas yang kukuh dan kerja-kerja pembalakan yang sedang berjalan harus dihentikan dengan serta merta.

Berhubung isu ini, beberapa komen negatif dan marah para warganet dilontarkan melalui medium laman media sosial Facebook;