Shafie Apdal Didesak Perbetulkan Kesalahan Kenyataan Media?

Shafie Apdal Didesak Perbetulkan Kesalahan Kenyataan Media?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Majoriti rakyat Sabah dilihat menzahirkan kemarahan mereka dan meminta Datuk Seri Shafie Apdal memperbetulkan semula kenyataan media yang dibuat oleh Shafie kononnya Parti Warisan telah diberikan mandat oleh rakyat Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Shafie dalam satu kenyataan media kelmarin menyebut “rakyat sudah memberikan mandat kepada Warisan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan mereka menghormati mandat yang diberikan dan akan terus fokus untuk mentadbir Sabah dengan sebaiknya.”

Shafie turut berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh menghalang mana-mana parti untuk melebarkan sayap ke negeri ini (Sabah) termasuklah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurut sebilangan besar rakyat Sabah yang ditemui menyatakan Shafie mungkin berada dalam keadaan ‘kebingungan’ dan ‘stress’ ketika membuat kenyataan tersebut, maklumlah selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menyatakan parti tersebut akan datang ke Sabah.

“Sejak bila Parti Warisan Sabah menang majoriti kerusi pada PRU ke-14 yang lalu, bukankah Parti Warisan hanya menang 21 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing menang 8 kerusi, ini bermakna jumlah keseluruhan kerusi gabungan Warisan dan PH hanya 29 kerusi daripada 60 kerusi yang dipertandingkan,” soal mereka lagi.

Untuk rekod 60 kerusi telah dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 negeri Sabah yang lalu, dalam pada itu Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan (PH) menang 29 kerusi, Barisan Nasional (BN)  29 manakala Parti STAR 2 kerusi.

Parti STAR telah bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN), seramai 31 orang wakil rakyat telah bersetuju untuk memilih Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah Sabah secara sah. Kesemua 31 orang wakil rakyat BN termasuk STAR dikatakan telah menandatangani surat pengakuan dan kesemua wakil rakyat tersebut juga telah telah bersemuka dengan Yang Dipertua Negeri Sabah bagi menzahirkan sokongan mereka kepada Tan Sri Musa Aman untuk dipilih menjadi Ketua Menteri Sabah.

Malangnya selepas beberapa hari, beberapa orang wakil rakyat UMNO termasuk UPKO telah melakukan khianat dengan melompat parti, bagi membolehkan Shafie mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri. Ini sekaligus telah menimbulkan konflik kecelaruan undang-undang di mana Sabah mempunyai dua orang Ketua Menteri. Juhar Mahiruddin Yang Dipertua Negeri Sabah juga dikatakan adalah salah satu perancang utama menyebabkan wakil rakyat BN melompat parti.

Selepas hampir 9 bulan Shafie Apdal mentadbir Kerajaan Negeri Sabah, sebahagian pemerhati politik melontarkan pandangan mereka, Shafie sebenarnya telah gagal mentadbir Sabah dengan baik. Banyak masalah dan kecelaruan yang timbul di antaranya adalah rekod tertinggi kes kebakaran setinggan yang mencecah hampir 15 perkampungan dan yang agak menghairankan kebanyakan penghuni setinggan tersebut pula tidak mempunyai dokumen yang sah dan yang lebih malangnya dikatakan juga kebanyakan penghuni setinggan terbakar akan diberikan tanah perkampungan berstatus sah.

Sumber Foto; Portal Borneo Today…

Shafie juga dilihat oleh sesetengah rakyat Sabah sebagai juara di dalam memperjuangkan pemberian dokumen khas kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) bagi membolehkan mereka bekerja secara sah di Sabah dan dalam masa itu telah mendahulukan isu berkaitan penyelesaian dokuman daftar lewat kelahiran walhal isu yang agak kritikal yang perlu ditangani dengan segera ketika ini adalah isu yang berkaitan dengan pengangguran, masalah harga sawit dan getah jatuh, kenaikan harga barang serta keadaan jalan raya utama yang menghubungkan daerah ke bandar sebagai contoh laluan jalan Telupid ke Sandakan termasuklah Lahad Datu dan juga jalan-jalan kampung yang rosak teruk di mana perlu ditangani dengan sebaiknya oleh Shafie.

Keputusan lain yang dilihat agak kontroversi apabila Shafie melantik rakan baik Shafie sendiri iaitu Datuk Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur yang bertanggungjawab didalam pembangunan negeri Sabah, sedangkan umum mengetahui Peter sebelum ini adalah seorang kontraktor kelas (A) yang aktif, Peter juga pernah mendapat projek bekalan air luar bandar bernilai jutaan ringgit semasa Shafie masih lagi menjadi Menteri di KKLW.

Peter turut terpalit dengan kes rasuah kehilangan deposit pembelian tanah RISDA sebanyak rm 15.5 juta manakala kelulusan akademik Peter juga turut dipertikaikan serta wujud dakwaan pekerjaan Peter sebelum menjadi kontraktor hanyalah sebagai ‘Bartender’ penyedia minuman di kelab.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

Shafie juga dilihat telah silap melantik Amarjit Singah, Pengarah Jabatan Air Sabah daripada kalangan orang awam dimana amarjit sebelum pernah ditahan oleh SPRM disyaki turut terlibat didalam kes rasuah KKLW melibatkan peruntukan luar bandar, serta perlantikan Presiden MPS yang mempunyai latar belakang sebagai seorang ‘tauke balak’ berasal daripada Sarawak.