Shafie Apdal Pemalas, Sila Letak Jawatan – Jufazli Shi Ahmad

Shafie Apdal Pemalas, Sila Letak Jawatan – Jufazli Shi Ahmad

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Aktivis politik Jufazli Shi Ahmad menasihatkan Datuk Seri Shafie Apdal agar meletakkan jawatan susulan masalah ketiadaan pasar tetap untuk peniaga penjual ikan di Semporna Sabah.

Sambil melabelkan Shafie sebagai pemalas, Jufazli turut menegaskan agar Shafie tidak memberikan pelbagai alasan kenapa sehingga kini belum lagi wujud pasar yang selesa dan bersih untuk rakyat Semporna datang membeli ikan dan sayur di Semporna.

“Hari ini aku sangat terkejut tengok keadaan tempat jualan ikan di pekan Semporna. Aku mau beli ikan, aku tidak jumpa bangunan pasar ikan. Masa aku kecil di Semporna tahun 2001, ada lagi bangunan pasar ikan Semporna yang besar. Sekarang 2019 penjual-penjual ikan terpaksa jual di tepi jalan yang sangat kotor ni bosku. Semporna bukan makin membangun. Tapi semakin mundur dan semakin kotor.”

“Penjual-penjual ikan terpaksa jual di tepi jalan yang sangat kotor, Semporna bukan makin membangun, tapi semakin mundur dan semakin kotor,” tulis Jufazli di laman sosial Facebook milik beliau.

Untuk rekod, Shafie Adpal telah menjadi ahli Parlimen Semporna sejak tahun 1995 lagi dan pernah menjawat jawatan Menteri Persekutuan di beberapa Kementerian Persekutuan, namun jika dilihat dari sudut pembangunan dan data di kalangan penduduk miskin tegar Semporna masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan daerah lain di Sabah.

“Ingat Shafie Apdal. Pelancong luar negara dan dalam negara ramai datang Semporna tapi keadaan ni macam Semporna ni tidak ada wakil rakyat. Rojak sampah sudah aku tengok keadaan Semporna ni selepas PRU-14.”

“Kau tidak ada kemaluan kah Shafie Apdal tengok Semporna tidak ada Pasar Ikan? Tawau, Kunak, Sandakan, Lahad Datu dan daerah lain ada pasar ikan dan pasar sayur yang tersusun di seluruh Sabah. Semporna saja ni kawasan mu tidak ada bangunan Pasar ikan malah antara kawasan paling kotor dan tidak tersusun di dunia.”

“Last warning Shafie Apdal. Sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Semporna & Ketua Menteri Sabah kalau kau pemalas turun padang dan tidak mampu sudah bangunkan Semporna yang menjadi Ibu Daerah paling mundur dan paling kotor di Sabah ni,” Jufazli berkata lagi.

Gesaan perletakan jawatan keatas Shafie Apdal sebelum ini juga pernah disuarakan oleh aktivis dan rakyat Sabah agar Shafie meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen serta ADUN Semporna selepas seorang pelancong luar negara memuat naik Video di Youtube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ yang menggelarkan Semporna sebagai sebuah pekan paling kotor di Malaysia serta dihuni oleh ramai individu yang tidak mempunyai dokumen yang sah (PATI).

https://www.malaysiakini2.com/memalukan-shafie-apdal-disaran-letak-jawatan-sebagai-ahli-parlimen-dan-adun-selepas-semporna-digelar-daerah-paling-kotor-di-malaysia/