Shafie Apdal Pemimpin Gagal, Rakyat Sabah Semakin Ragu Terhadap Shafie Apdal Selepas...

Shafie Apdal Pemimpin Gagal, Rakyat Sabah Semakin Ragu Terhadap Shafie Apdal Selepas Militan Abu Sayyaf Ditembak Mati Di Lahad Datu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tinjauan secara rambang dibuat untuk menilai maklum balas rakyat Sabah terhadap insiden terbaru dua ahli kumpulan pengganas ‘Abu Sayyaf’ yang ditembak mati di Lahad Datu baru-baru ini, majoriti respondan yang ditemui secara jelas telah menyalahkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang gagal mengurus tadbir Sabah dengan baik.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, dua orang yang dipercayai ahli militan ‘Abu Sayyaf’ telah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Felda Sahabat Lahad Datu.

Dalam kejadian tersebut, pihak Polis turut merampas sebuah bot pam dan beberapa barangan termasuk senjata api (Garand Rifle), dua butir peluru, kelongsong serta seunit kelopak peluru.

Sebelum ini pada 18 Julai yang lalu, kumpulan ‘Abu Sayyaf’ juga telah bertindak menculik 10 anak kapal nelayan di perairan Sabah berhampiran¬†rantaian pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Walau bagaimanapun, semua tahanan dibebaskan selepas mendapati tahanan nelayan tersebut adalah Warganegara Filipina yang tinggal di Sabah.

Dipetik daripada portal berita BH Online…

Mengulas kejadian itu, orang ramai yang ditemui turut mengucapkan tahniah kepada anggota keselamatan khususnya pihak Polis dan Esscom kerana bertindak cemerlang mengawal perairan negeri Sabah.

Namun, pada masa yang sama mereka menyatakan sikap mesra PATI oleh kerajaan parti Warisan berkemungkinan menyebabkan penjenayah PATI semakin naik kepala termasuk ahli kumpulan Abu Sayyaf kerana agak sukar dikesan sekiranya mereka telah berada di Sabah.

Dipetik daripada portal berita Astro Awani…

Mereka berkata lagi “sepatutnya Shafie Apdal tidak meluluskan penggunaan pam bot dan program pemutihan untuk pendatang asing tanpa izin di Sabah”.

“PATI yang berada di Sabah secara jelas telah melanggar undang-undang negara kerana telah tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan dan ramai diantara mereka yang langsung tidak mempunyai dokumen, kesemua PATI tersebut sepatutnya dihantar balik ke negara asal mereka dan bukannya diberikan pula dokumen melalui program pemutihan”.

Shafie dilihat lebih mengutamakan dalam mengurus hal berkaitan dokumen kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen di Sabah tetapi membelakangkan urus tadbir ekonomi Sabah dengan baik, dengan jumlah pengangguran dikalangan belia dan mahasiswa yang semakin parah sepatutnya Shafie fokus ke arah ini.

Shafie juga sebelum ini turut mendapat kecaman rakyat Sabah apabila mencadangkan satu pulau penempatan kepada pelarian perang dari Filipina kononnya atas dasar kemanusiaan, namun yang amat menghairankan perang yang dimaksudkan oleh Shafie sudah tidak lagi wujud malahan kawasan bergolak di Marawi telah aman sepenuhnya sejak akhir tahun 2017 lagi.

Dipetik daripada portal berita BH Online…

Dalam pada itu, beberapa penganalisis politik bebas turut berkongsikan pandangan yang sama di mana selatan Filipina juga dilihat dalam proses perubahan dan telah aman ini berlaku selepas pungutan suara diadakan di Mindanao sebagai permulaan langkah memberikan kuasa dan autonomi kepada MILF untuk mentadbir beberapa kawasan di selatan Filipina, justeru sepatutnya kempen pulang sukarela, menangkap dan menghantar pulang PATI Filipina sepatutnya dilakukan dengan segera dan bukannya memberikan pula mereka dokumen untuk mereka tinggal di Sabah.

Hampir 1/3 penduduk Sabah merupakan warga asing tetapi hanya 30% daripadanya masuk secara sah manakala majoriti dikelaskan sebagai pendatang tanpa izin. Secara keseluruhannya, warga asing yang tinggal di Sabah dilaporkan berjumlah 1.2 juta orang. Ketika ini warga PATI Filipina tinggal berselerakan di perkampungan setinggan di seluruh Sabah.

Dipetik daripada portal berita FMT…