Shafie Apdal Wajar Letak Jawatan Susulan Pengganas Abu Sayyaf Masuk Perairan Sabah...

Shafie Apdal Wajar Letak Jawatan Susulan Pengganas Abu Sayyaf Masuk Perairan Sabah Culik Nelayan?

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Kumpulan bersenjata Abu Sayyaf disyaki telah menculik 10 anak kapal nelayan di perairan Sabah berhampiran pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Memetik laporan The Star Online, kedua-dua bot nelayan itu berada di perairan Tambisan Lahad Datu dan menuju ke Semporna apabila mereka diculik oleh beberapa orang lelaki bersenjata dipercayai kumpulan Pengganas Abu Sayyaf dalam bot laju kira-kira jam 2 pagi pada Selasa (18 Jun).

Gambar pengganas Abu Sayyaf yang dipercayai berada di Selatan Filipina…
Gambar pengganas Abu Sayyaf yang dipercayai berada di Selatan Filipina…

Kumpulan terbabit dipercayai telah mengambil empat daripada enam krew di bot nelayan pertama dan enam daripada 10 anak kapal dalam sebelum melarikan diri ke Pulau Sitangkai di selatan Filipina yang hanya kira-kira 15 minit perjalanan bot laju dari perairan Tambisan Lahad Datu Sabah.

Walaubagaimanapun, identiti dan kewarganegaraan mangsa masih belum dapat dipastikan.

Dalam pada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, mereka menyedari kejadian penculikan tersebut tetapi belum menerima laporan rasmi serta masih dalam siasatan.

Shafie Apdal wajar meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah susulan insiden penculikan terbaru 10 orang nelayan oleh Pengganas Abu Sayyaf…

Pandangan ini disuarakan oleh beberapa individu susulan kes terbaru kes penculikan tersebut.

Tambahan, mereka turut berkata “kami berpandangan susulan insiden ini cadangan pemberian pulau kepada PATI yang berasal daripada Filipina bagi tujuan transit serta program pemutihan juga sebaiknya dibatalkan oleh Shafie Apdal.”

Pada 4 April lalu, seorang mangsa culik bernama Jari Abdullah telah meninggal dunia selepas terkena tembakan di dada dan kepala ketika menyelamatkan diri daripada tebusan kumpulan Abu Sayyaf dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di Pulau Simusa, Sulu.

Jari Abdullah…(Sumber Foto; Laman Media Sosial Facebook)

Allahyarham Jari Abdullah, 34 tahun, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bandar Zamboanga, Filipina, di sisi ibunya yang telah diterbangkan khas dari Kota Kinabalu untuk menemaninya.

Terdahulu dilaporkan militan Abu Sayyaf telah menculik Jari dan dua lagi nelayan Indonesia yang dikenal pasti sebagai Hari Ardiansya, 19, dan Hariadin, 45, dari Pegasus Reef, di Kinabatangan, pada 6 Disember tahun lepas.