Shafie Patut Letak Jawatan, Sejak Warisan Tadbir Sabah, Warga Filipina Semakin Besar...

Shafie Patut Letak Jawatan, Sejak Warisan Tadbir Sabah, Warga Filipina Semakin Besar Kepala, Kegiatan Bom Ikan Secara Terbuka Semakin Menggila!!

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Aktiviti bom ikan sering berlaku pada tahun lalu (2019) dengan tiga atau empat letupan kedengaran setiap kali saya dan pasukan saya pergi menyelam,” kata pengendali selaman di Kudat, Charles Mawan.

Memetik kenyataan BH Online, Charles berkata “mereka menjatuhkan bom kira-kira empat atau lima kilometer daripada kawasan menyelam, tetapi gelombang letupan menyebabkan jantung kita rasa bergegar.

“Apabila kami naik ke permukaan air, mereka (pengebom ikan) sudah tidak kelihatan berhampiran kami,” katanya lagi.

Pada 30 Julai (Khamis) yang lalu pula, sekumpulan penyelam yang terdiri daripada pelancong juga telah dikejutkan dengan gelombang letupan yang sangat kuat ketika mereka menyelam berdekatan Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Memetik laporan NST, kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang apabila sembilan penyelam dari kalangan pelancong terpaksa memberhentikan selaman mereka selepas terasa gelombang kuat di bawah air selepas bom tersebut dilepaskan.

Sumber foto dipetik daripada NST…

Aktiviti pengeboman ikan di sekitar Pulau Gaya Kota Kinabalu, Sabah (Sumber video dipetik daripada NST Online)…

Kumpulan itu menyelam di tempat kawasan tumpuan menyelam yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman (TARP) dan berada dalam kedalaman 7 meter pada saat letupan itu.

Menurut tenaga pengajar menyelam, Cindy Valton George, dia melihat dua lelaki yang mencurigakan masing-masing berada di atas bot kecil di satu sudut penjuru Pulau Gaya, dengan jarak yang dekat dari lokasi mereka menyelam.

“Saya yakin mereka melakukan pengeboman ikan kerana letupan itu sangat kuat. Ketika kami mendekati mereka, kami dapat melihat ikan mati terapung,” kata pengajar PADI berusia 30 tahun itu lagi.

Bagi ketua penyelam, Ivan Martin pula dia sudah beberapa kali merasai sendiri kesan daripada pengeboman ikan ketika menyelam bersama rakan di perairan Mari-Mari Pulau Sepanggar, di sini.

“Telinga kami menjadi tidak selesa apabila berlaku letupan walaupun jaraknya jauh. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesan nelayan terbabit (yang meletupkan bom), kerana ada banyak bot di sana,” katanya.

Pengajar menyelam lain, Emmanuele Girellie turut berkata bahawa bunyi letupan bom ikan adalah perkara biasa ketika menyelam di Taman Tunku Abdul Rahman, di sini.

“Mana-mana penyelam profesional di taman marin itu dapat merasainya (letupan) kerana bunyinya bergerak pantas di dalam air. Ia berbunyi kuat secara tiba-tiba yang menakutkan sesiapa saja, termasuklah pengajar menyelam.”

Sebelum ini nama Sabah turut dicemari dengan berita yang amat memalukan apabila tiga penyelam termasuk dua pelancong warga China maut akibat terkena bom ikan.

Kejadian tersebut berlaku pada 05 Julai 2019 ketika mereka (pelancong dan jurulatih) menjalankan aktiviti menyelam di perairan daerah Semporna.

Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…
Insiden kes dua orang pelancong China mati terkena bom ikan di Semporna…

Pada Mac 2019 pula, seorang remaja lelaki PATI yang merupakan warga Filipina berusia 16 tahun turut maut selepas terkena letupan bom ikan di perairan berhampiran Pulau Gaya.

Warga Filipina maut terkena bom ikan…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)

Mangsa dikatakan mati di tempat kejadian dalam keadaan putus kedua-dua belah kaki dan tangannya. Pam bot yang digunakan oleh mangsa turut pecah.

Dalam pada itu, aktivis alam sekitar lainnya turut mengulas isu ini dengan berkata warga Filipina semakin ‘besar kepala’ selepas pengharaman penggunaan pam bot telah ditarik semula oleh Shafie Apdal.

Ironinya, Shafie telah meluluskan penggunaan pam bot tersebut semula tanpa menghiraukan masalah negatif hasil daripada penggunaan pam bot tersebut. Kegiatan bom ikan malahan kes penculikan di Sabah turut disumbangkan oleh penggunaan pam bot tersebut.

Sumber foto dipetik daripada portal berita Astro Awani…

Atas faktor keselamatan inilah antara penyebab Tan Sri Musa telah membuat keputusan mengharamkan penggunaan pam bot tersebut ketika memegang jawatan Ketua Menteri…

Untuk rekod, selepas Shafie Apdal mengambil alih kerajaan melalui ‘jalan belakang’ iaitu wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti, keputusan paling awal yang dibuat oleh Shafie adalah membuat pengumuman bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan membenarkan semula aktiviti pam bot yang sebelum ini diharamkan bagi membolehkan semua nelayan menjalankan kegiatan mereka di laut.

“Kami tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dan nasib negeri Sabah dalam tempoh 3 hingga 4 tahun akan datang kalau Shafie terus memimpin Negeri Sabah, sebab itu kami merasakan Shafie patut meletakkan jawatan kerana gagal mengetuai Sabah dengan baik.”

“Sabah terkenal sebagai destinasi menyelam kerana keunikan pulau dan eko-sistem semula jadi, namun aktiviti pengeboman ikan yang seakan menggila sehingga dilihat menjadi ancaman besar kepada kelestarian alam dan kemapanan sektor pelancongan di Sabah ketika ini.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara video aktiviti bom ikan pada tahun 2019 yang dipetik dari laman media sosial Facebook…

“Kalau dahulu semasa Tan Sri Musa masih lagi menjadi Ketua Menteri, umum mengetahui misi Musa mahu menjadikan Sabah seperti ‘Dubai Kedua’, bukti jelas dan faktanya apabila projek pembangunan sepanjang jalan persisiran pantai Teluk Likas telah dibangunkan menjadi pusat riadah di mana menjadi antara yang terbaik di Malaysia, projek SICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) termasuk pembangunan projek Tanjung Aru sehingga segelintir pihak telah menggelarkan Sabah ‘Will Become The Second Dubai’ atau ‘Little Dubai’.”

Kenyataan Tan Sri Musa Aman untuk jadikan Sabah seperti Dubai dan Singapura…(Sumber Foto dipetik oleh Portal Malaysia Kini)

Kenyataan Tan Sri Musa Aman untuk jadikan Sabah seperti Dubai dan Singapura…(Sumber Foto dipetik oleh Portal Malaysia Kini)

“Tetapi malangnya selepas melihat cara pentadbiran Shafie Apdal di mana Semporna iaitu tempat Shafie sendiri pernah dilabelkan sebagai daerah paling terkotor di Malaysia, pelancong maut terkena bom ikan, isu lambakan PATI, peningkatan kes penculikan dan serangan secara ala ‘gangster’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu oleh kumpulan penyokong Shafie Apdal sendiri.

Isu pelancong asing menggelar Daerah Semporna sebagai ‘Semporna Biggest Shithole In Malaysia ‘(Daerah Yang Terkotor Di Malaysia)…

 

 

 

 

 

Insiden penyokong Shafie Apdal menyerang PapaGomo ala-samseng di Lapangan Terbang Antaranbangsa Kota Kinabalu (KKIA)…

“Sekarang ini juga telah wujud sindiran malahan gelaran ‘Sabah Will Be The Second Mindanao’ (Sabah akan jadi seperti Mindanao kedua),” mereka berkata lagi.