Shafie Telah Temui Tun M Kerana Bimbang PPBM Bakal Masuk Ke Sabah

Shafie Telah Temui Tun M Kerana Bimbang PPBM Bakal Masuk Ke Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal menyatakan bahawa beliau telah bertemu sendiri secara bersemuka Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan kebimbangannya mengenai laporan bahawa cawangan PPBM bakal dibuka di Sabah.

“Ya, saya telah berjumpa dengannya dan memberi pendapat saya,” kata Shafie yang juga Presiden Warisan Sabah kepada pengamal media hari ini.

“Perkara yang terbaik ialah kita terus memahami sehingga berlaku pemilihan,” tambahnya.

Satu siri pengunduran ahli-ahli UMNO Sabah baru-baru ini telah memfokuskan desas-desus bahawa PPBM bakal dibawa masuk ke Sabah, walaupun Tun Dr Mahathir setakat ini menafikan bahawa ‘Parti Malaya’ itu akan dilancarkan di negeri Borneo tersebut.

Bekas Ketua UMNO Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor dilaporkan berkata beliau yakin PPBM akan bergerak segera.

Namun, Shafie hari ini, di sini menegaskan bahawa parti Warisan akan mendapat sokongan daripada komuniti Bumiputera Sabah.

“Tetapi ini tidak bermakna kita tidak mempunyai sokongan daripada bukan Bumiputera juga…

“Kami adalah negeri yang stabil, kita mempunyai 45 daripada 60 kerusi negeri, jadi saya harap kita dapat berpegang pada apa yang kita sepakat,” kata Shafie.