Shafie Umum Anak Mendiang Wong Sebagai Calok PRK Sandakan

Shafie Umum Anak Mendiang Wong Sebagai Calok PRK Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan Vivian Wong, 30, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, hari ini di Dewan Masyarakat Sandakan.

Vivian yang juga anak bongsu kepada mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, tampil bersemangat untuk meneruskan perjuangan bapanya untuk memajukan ekonomi Sandakan.

“Seperti bapa terakhir, saya akan sentiasa turun padang untuk memahami masalah rakyat tanpa memikirkan orang ramai.

Sumber Foto; FB Vivian Wong…

Vivian, 30, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam daripada Murdoch University, Australia, adalah pegawai khas kepada mendiang bapanya di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Beliau turut terbabit dalam kempen politik mendiang bapanya yang telah memenangi kerusi Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.