Shuhaimi Shafie Adun Sungai Kandis Meninggal Dunia

Shuhaimi Shafie Adun Sungai Kandis Meninggal Dunia

0
SHARE

SELANGOR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafie Meninggal Dunia pada jam 11.10 pagi ini

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat kanser limfoma, pada usia 50 tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Wan Azizah turut memuat naik ucapan takziah kepada Allahyarham melalui twitter beliau.

Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Asar petang ini.

Allahyarham yang berasal dari Perak tetapi menetap di Klang dipilih menjadi ADUN Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis apabila berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor awal tahun ini. Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, beliau menewaskan tiga calon lain di DUN berkenaan dengan majoriti 12,480.

Nota : MalaysiaKini2.0 mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham…