Siasat Kes Beli Tanah RM150 Juta Di Tongod – GAUM

Siasat Kes Beli Tanah RM150 Juta Di Tongod – GAUM

0
SHARE
ZULKARNAIN memberi kenyataan kepada media selepas membuat laporan itu...

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) pada hari ini, Rabu telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa itu menyiasat kes pembelian tanah di daerah Tongod, Sabah bernilai RM150 juta melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Pengerusi GAUM, Datuk Zulkarnain Mahdar, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Zulkarnain dalam kenyataannya selepas membuat laporan itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang naib presiden sebuah parti politik tempatan pada Januari lalu  berhubung kes itu selain mencari seorang peguam Micheal Persius Ubu yang belum dapat dikesan sehingga kini (untuk membantu siasatan).

Menurutnya beliau difahamkan agensi KKLW berkenaan telah membayar RM15 juta sebagai bayaran pendahuluan bagi urusan jual beli tanah berkenaan namun wang pendahuluan itu belum dikembalikan kepada Risda meskipun urusan jual beli itu mengalami kegagalan.

Katanya kertas siasatan berhubung kes berkenaan juga perlu dibuka memandangkan kehilangan wang tersebut amat meragukan.

Menurutnya pihak polis perlu menyiasat semua pihak yang terlibat dalam urusan jual beli berkenaan termasuk bekas menteri persekutuan bagi membantu siasatan.