SimetriSiti Buah Tangan Terbaharu Siti Nurhaliza Buat Peminat

SimetriSiti Buah Tangan Terbaharu Siti Nurhaliza Buat Peminat

0
SHARE

SimetriSiti merupakan album studio ke-17 dari penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017 dan dijadualkan akan menjengah di pasaran pada 10 Mei 2017 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia.

Pada Januari 2017, Datuk Siti Nurhaliza dilaporkan bakal muncul dengan album terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan pada Mei 2017. Menurut Siti, beliau sememangnya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dalam album yang dibarisi 10 lagu baharu itu. Dalam pada itu, Siti juga menyimpan hasrat untuk mengadakan siri jelajah Asia bagi bertemu dengan para peminatnya. Beliau juga dilaporkan memilih rakan artis dari Indonesia, Judika sebagai rakan duet terbaharunya.

 Memulakan proses rakaman pada 7 Mac, Siti melunaskan tanggungjawab menghasilkan buah tangannya itu, baru-baru ini, biarpun berdepan dengan masalah kesihatan. Siti bersyukur kerana proses rakaman SimetriSiti dipermudahkan biarpun dalam kesihatan yang disifatkannya ‘turun naik’.

Beliau memberitahu turut merakamkan lagu ciptaan sendiri berjudul “Penghiburku”. Sebelum ini, Siti pernah mencipta lagu dan lirik berjudul Hati Berbisik, Intrig Cinta dan Cahaya Cinta.Menganggap album terbarunya itu sebagai buah tangan istimewa buat peminatnya, beliau yang telah berkecimpung dalam industri muzik hampir 2 dekad menyifatkan SimetriSiti mewakili dirinya untuk berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya selama ini.