Piala Dunia 2018: Skuad Korea Selatan Pulang Awal, Penyokong Sambut Dengan ‘Balingan...

Piala Dunia 2018: Skuad Korea Selatan Pulang Awal, Penyokong Sambut Dengan ‘Balingan Telur’

0
SHARE

KOREA SELATAN – Skuad Korea Selatan terkejut dengan sambutan oleh penyokong bola sepak negara mereka sebaik kembali daripada saingan Piala Dunia 2018.

Akhbar mStar Online melaporkan bahawa Son Heung-min dan rakan-rakannya dilayan dingin oleh segelintir penyokong Korea Selatan, malah mereka turut ‘dihadiahkan’ telur ketika berbaris untuk merakam gambar pasukan.

Mereka juga dibaling dengan bantal oleh penyokong tegar yang tidak dapat menerima kekalahan di Rusia.

Pun begitu tidak ada pemain yang terkena balingan telur dan bantal itu, hanya sekadar di hadapan mereka sahaja.

“Saya tidak mahu kembali sehingga Julai ini, dan sangat kecewa kerana pulang lebih awal…

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong. Tanpa penyokong-penyokong ini, kami tidak akan mencipta keajaiban ini,” ujar pengurus pasukan Shin Tae-yong.

Skuad Taegeuk itu mengakhiri saingan Kumpulan F di kedudukan ketiga dan turut menyingkirkan juara bertahan, Jerman dengan keputusan 2-0 sebelum pulang Rabu lalu.