Slogan Terbaru Parti Warisan ‘Sabah Kita Punya’ Dapat Kecaman Rakyat Sabah?

Slogan Terbaru Parti Warisan ‘Sabah Kita Punya’ Dapat Kecaman Rakyat Sabah?

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Selepas tular video sekumpulan ahli Parti Warisan Sabah melaungkan slogan ‘Sabah Kita Punya’ semasa penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, jelas kelihatan majoriti rakyat Sabah yang ditemui menzahirkan rasa kurang senang, malahan ada yang marah apabila ditanya slogan terbaru Parti Warisan tersebut.

 

 

 

 

 

 

Mantan Ketua Pemuda UPKO Arthur Sen turut memuat naik komen didalam laman sosial Facebook milik beliau merujuk kepada video ini “Amboi punyalah angkuh ini orang-orang WARISAN. Sabah Ubah sekarang mahu ubah lagi. Slogan baru diorang Ubah ialah Sabah, kita punya”

“Wake up Warisan, Sabah ini bukan Warisan punya. “Sabah ini utk rakyat Sabah termasuklah yg bukan ahli-ahli Warisan. Kamu talanlah semua. Sudahlah jadi kerajaan dgn cara tidak bermaruah, ego pula. katak2 yg kamu punggut, janji pun dimungkiri. Mana sudah 80% minyak janji kamu? Patut slogan kamu, WARISAN, Bank Katak.

Memetik tulisan Musli Oli Ketua Penerangan USNO pula “Sejak awal merdeka telah termeterai satu “perjanjian tidak bertulis” atau social contract untuk berkongsi kuasa dan berkerjasama. Misalnya bila Tun Stephens yg mewakili KDM dilantik KM Sabah yg pertama, Tun Mustapha yg mewakili Bumiputera Islam dilantik sebagai TYT. Bila Tan Sri Pairin menjadi KM Sabah, Tun Said Keruak menjadi TYT. Begitulah seterusnya sehingga ramai yg mewakili KDM berpeluang jadi TYT seperti Tun Hamdan Kari, Tun Ahmad Shah, Tun Ahmad Koroh, Tun Adnan Robert dan lain-lain”.

Musli berkata lagi “Begitu juga dalam pentadbiran negeri. Jika SKN seorang pegawai bumiputera Islam, SUT Kewangan diwakili pegawai KDM dan sebaliknya. Ini juga berlaku dalam pembahagian jawatan diperingkat daerah. Jika DO atau Pegawai Daerah mewakili KDM, ADO dilantik dikalangan pegawai bumiputera Islam dan sebaliknya. Begitulah seterusnya dengan jawatan penting yg lain seperti jawatan ketua2 jabatan yg diagih secara adil berdasarkan pertimbangan dan persefahaman.”

“Tiada ertinya pemimpin2 Sabah menjerit slogan menuntut kerajaan Persekutuan melayan Sabah dengan adil walhal pemimpin-pemimpin Sabah sendiri tidak melaksana dasar2 yg adil. Seperti saya sebut walaupun persefahaman telah lama wujud namun jawatan-jawatan utama dan penting sekarang bukan sahaja tidak dikongsi dengan dua kaum bumiputera terbesar malah dibolot satu suku tertentu sahaja seperti seolah-olah menepati slogan baru parti pemerintah “Sabah Kita Punya’.

Seorang kontraktor yang ditemui dan enggan namanya disiarkan pula berkata “saya tidak tahu sama ada ini telah dirancang atau sebaliknya, namun ketika ini projek hampir dimonopoli sepenuhnya oleh kontraktor daripada Semporna dan orang-orang Parti Warisan.”

Dalam pada itu, sebilangan rakyat Sabah turut mempersoalkan perlantikan Timbalan Ketua Menteri Menteri sebelum ini bagi kuota Islam turut dilantik daripada Semporna seolah-olah sudah tidak ada lagi wakil rakyat Warisan lain yang layak selain daripada bangsa Bajau Semporna, ini menunjukkan seolah-olah slogan ‘Sabah Kita Punya’ sememangnya telah dipraktikkan oleh Parti Warisan Sabah.

Shafie Apdal sebelum ini turut mendapat kecaman daripada rakyat Sabah susulan kenyataan Shafie mahu menempatkan pendatang tanpa izin (PTI) di sebuah pulau. Shafie dipetik berkata “Jika berlaku kedatangan beramai-ramai rakyat (dari Filipina), mereka akan mengenal pasti sebuah pulau sempadan untuk orang-orang ini supaya mereka tidak lagi boleh mendarat terus ke tanah besar Sabah.

“Ini adalah pendekatan baharu kita. Kita tidak mahu mereka datang ke Sabah tapi akan menempatkan mereka di pulau-pulau berhampiran dengan sempadan wilayan mereka”.

Pada pilihan raya ke 14 yang lalu Parti Warisan Sabah hanya menang 21 kerusi DUN, manakala DAP 6 dan PKR 2…

Shafie Apdal telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang kedua dalam tempoh beberapa hari selepas empat orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berlaku khianat melompat parti bagi menyokong Shafie Apdal.

Kes kesahan Ketua Menteri Sabah sehingga kini masih belum selesai sepenuhnya selepa keputusan Mahkamah yang pertama ini berikutan Tan Sri Musa Aman telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan bagi memohon pengishtiharan Shafie Apdal bukan Ketua Menteri yang sah.