SPR Terima Notis Kekosongan Luar Jangka Kerusi P.132 Port Dickson

SPR Terima Notis Kekosongan Luar Jangka Kerusi P.132 Port Dickson

0
SHARE

SPR TERIMA NOTIS KEKOSONGAN LUAR JANGKA KERUSI PARLIMEN P.132 PORT DICKSON:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Yang Berhormat Dato Mohamad Ariff bin Md Yusof pada hari ini berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan P.132 Port Dickson berikutan perletakan jawatan oleh penyandangnya Yang Berhormat Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (B) semalam, Selasa.

Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (B)…

2. Sehubungan dengan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Tarikh Mesyuarat Khas berkenaan akan dimaklumkan nanti oleh pihak SPR…

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

TAN SRI OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD
Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)