SPRM Digesa Siasat Juhar Mahiruddin?

SPRM Digesa Siasat Juhar Mahiruddin?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – SPRM sewajarnya menyiasat Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah Juhar Mahiruddin sekiranya benar usul menambah masa khidmat Yang Dipertua Negeri Sabah akan dibawa dan dibentangkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi tujuan tersebut pada bulan Disember ini.

Menurut Kadir Idris, seorang penganalisis politik bebas dipetik berkata “Juhar sebenarnya tidak kebal dari undang-undang negara bahkan boleh disiasat oleh pihak SPRM sekiranya ada aduan rasmi dibuat terhadap beliau dan pengadu mampu memberikan bukti wujudnya elemen rasuah melibatkan Juhar”.

Sebelum ini, wujud dakwaan di laman media sosial Facebook bahawa khidmat Juhar sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah akan disambung semula untuk tempoh beberapa tahun lagi dan kononmya ianya dibuat sebagai bentuk balasan kerana Juhar adalah tonggak utama memujuk beberapa orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti untuk membolehkan Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah.

Juhar juga dikatakan sebelum ini sengaja melewat-lewatkan majlis mengangkat sumpah Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10hb Mei yang lalu walaupun pada mulanya hampir 31 orang ADUN termasuk Musa Aman telah menyatakan persertujuan secara bertulis bahawa mereka menyokong Musa sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Sebelum ini, laporan polis juga telah dibuat ke atas Juhar mengenai peranan Juhar dalam konspirasi berhubung perkara tersebut. Juga tidak dapat dipastikan sama ada pihak polis telah memanggil Juhar berkaitan laporan polis tersebut.

Untuk rekod, beberapa ADUN yang melompat menyokong Shafie Apdal juga telah diberikan jawatan sebagai Menteri dan Pembantu Menteri, mungkin ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada janji atau imbuhan. Antara wakil rakyat yang terlibat adalah ADUN Dadamaian, Ewon Benedict dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan ADUN sebatik yang berbangsa Bugis iaitu Muis Picho dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur.

Menurut sebahagian pemerhati politik tawaran jawatan ini juga seharusnya dilihat sebagai bentuk tawaran rasuah oleh pihak SPRM…

Juhar sebelum ini telah dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah pada tahun 01 Januari 2011 selepas mendapat perkenan dan sokongan daripada Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah sebelum ini dan dijangka akan menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada akhir disember ini.

Musa (tengah) ketika mengadap Tun Juhar (kiri) di Istana Negeri…

Kadir berkata lagi “sekiranya benar khidmat Juhar disambung semula dan undang-undang negeri Sabah terpaksa diubah bagi membolehkan Juhar meneruskan khidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, ini jelas menunjukkan seolah-olah dakwaan konspirasi terancang menjatuhkan Musa Aman melibatkan Juhar seakan-akan benar”.

“Justeru SPRM wajar menyiasat perkara ini, memandangkan rasuah sebenaRnya bukan sahaja melibatkan wang ringgit tetapi tawaran dan imbuhan pangkat juga salah satu daripada elemen rasuah”…

“Juhar sepatutnya mengambil sikap berkecuali dan tidak melibatkan diri langsung dalam politik memandangkan Tuan Yang Terutama (TYT) adalah simbol kepada penyatuan dan perpaduan bagi seluruh rakyat Sabah yang berlainan agama, bangsa termasuk fahaman politik. Apabila Tuan Yang Terutama (TYT) bersifat ‘bias’ atau ‘tidak adil’ kepada satu parti sahaja maka konsep melaksanakan pentadbiran dengan konsep penyatuan dan perpaduan tidak akan berjaya” tambah Kadir lagi.

Dalam pada itu, salah seorang penyokong Pakatan Harapan (PH) yang hanya dikenali sebagai Peter Edward ketika ditemui berkata “sepatutnya pemimpin Warisan seharusnya menunjukkan sikap teladan yang baik kepada rakyat negeri Sabah dengan tidak membuat keputusan yang boleh mengundang kepada kontroversi dikalangan sebilangan besar rakyat Sabah”.

Menurut Edward lagi “dikala Tun Mahathir cuba memisahkan antara kuasa Ketua kerajaan dengan jawatan menteri, Shafie pula telah melantik diri beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan. Sepatutnya Shafie hanya menjawat jawatan Ketua Menteri sahaja sebagai mencontohi Tun Mahathir. Rakyat turut mempertikaikan adakan wajar melantik Dato’ Peter Anthony menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur yang terlibat dengan projek Pembangunan sedangkan umum mengetahui Peter sebelum ini adalah seorang kontraktor kelas (A) dan terpalit pula dengan skandal kehilangan wang deposit RISDA membabitkan sejumlah 15.5 juta ringgit”.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

“Rakyat akan mula bosan dengan cara pentadbiran kerajaan negeri Sabah ketika ini sekiranya benar usul menambah had tempoh jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah diperpanjangkan…

“Dimana rasionalnya hanya kerana mahu menyambung khidmat Juhar sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah undang-undang negeri Sabah terpaksa diubah. Adakah negeri Sabah sudah tidak ada lagi pemimpin yang boleh dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah selain Juhar sehingga undang-undang negeri Sabah terpaksa diubah,” Peter berkata lagi.