SPRM Digesa Siasat Parti Warisan – GERAM

SPRM Digesa Siasat Parti Warisan – GERAM

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat membuka kertas siasatan bagi menyiasat tuduhan yang telah dibuat oleh Ismaily Bungsu mengenai pemberian wang bagi membeli undi untuk calon Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan Sabah baru-baru ini.

Ismaily Bungsu yang turut dikenali sebelum ini sebagai Cybertroper (Pejuang Alam Maya) berbayar Parti Warisan Sabah juga adalah Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah berkata “ada laporan menteri dan calon yang panggil perwakilan bagi duit, ini kerja setan, duit ambil undi jangan bagi.”

Ismaily juga turut memuat naik tulisan “memang terdapat aktiviti pemberian wang bernilai RM100 hingga RM150 seorang bagi membeli undi.”

Dalam satu kenyataan GERAM menyatakan bahawa tuduhan Ismaily Bungsu berserta dengan kapsyen gambar aktiviti rasuah tersebut telah tular dan ini adalah jelas satu bukti kukuh yang boleh dijadikan asas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan siapa Menteri dan pemimpin tertinggi Parti Warisan yang telah memberikan rasuah seperti dimaksudkan oleh Ismaily.

Takrif kesalahan rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah dan diskaun.

GERAM berkata “SPRM wajar memanggil Ismaily untuk dirakam percakapan memandangkan isu ini telah tular dan menjadi perbualan hangat sehingga kini oleh majoriti rakyat Sabah.”

“Yang menjadi persoalan sekarang, daripada mana Menteri dan pemimpin-pemimpin Warisan ini mendapatkan wang bagi membayar perwakilan, sedangkan Parti Warisan Sabah baru setahun mentadbir Negeri Sabah.”

“Ismaily juga boleh dikenakan tindakan kerana gagal melaporkan adanya elemen rasuah kepada SPRM semasa pemilihan tersebut. Adalah jelas Ismaily boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009, di mana hukuman yang dikenakan adalah, Denda: Tidak lebih RM100,000 dan Penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” GERAM berkata lagi.

Dalam pada itu, beberapa orang awam yang ditemui turut berpendapat SPRM wajar menyiasat siapa Menteri dan pemimpin Warisan yang dimaksudkan oleh Ismaily. Kalau Ismaily berbohong pimpinan Warisan patut membuat laporan Polis fitnah ke atas Ismaily.

Mutakhir ini pemimpin-pemimpin Parti Warisan kerap jadi raja membuat laporan Polis ke atas isu-isu yang berbangkit

“Sebelum ini umum mengetahui beberapa orang pemimpin Warisan telah ditahan oleh SPRM keatas penyelewengan dana luar bandar KKLW dan wang deposit pembelian tanah RISDA bernilai ratusan juta ringgit , di antaranya adalah Datuk Seri Shafie Apdal, Peter Anthony, Aziz Jamman dan beberapa orang lagi, justeru tuduhan Ismaily terhadap Menteri dan calon AMT sebelum ini bukanlah sesuatu yang menghairankan,” tambah orang awam yang ditemui.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…