SPRM Hentikan Pemakaian Baju Oren Suspek Rasuah

SPRM Hentikan Pemakaian Baju Oren Suspek Rasuah

0
SHARE

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengarahkan pemakaian baju lokap berwarna oren terhadap suspek yang dibawa ke mahkamah dihentikan.

Menurut Latheefa, amalan itu dihentikan sejajar dengan anggapan tidak bersalah dan Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Gari tangan hanya akan digunakan ketika perlu, misalnya jika terdapat risiko terlepas lari atau kelakuan agresif…

“Bagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Latheefa Koya…

Menurut Latheefa, SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah dan akan mendukung kedaulatan undang-undang (rule of law) setiap masa dalam berbuat demikian.

Latheefa juga dilaporkan berkata bahawa tahanan SPRM adalah dibenarkan untuk memakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah.