SPRM Mula Panggil Beberapa Individu Untuk Siasat Dana RM90 Juta Daripada 1MDB

SPRM Mula Panggil Beberapa Individu Untuk Siasat Dana RM90 Juta Daripada 1MDB

0
SHARE

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan ke atas dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang sebanyak RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dengan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan.

SPRM dalam satu kenyataan turut mengesahkan telah menerima laporan yang disalurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) petang semalam.

“Beberapa individu termasuk yang berkaitan dalam isu ini akan dipanggil SPRM dan kami meminta semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan

“Satu laporan polis oleh orang awam telah dibuat kepada PDRM dan pihak berkuasa itu telah merujuk laporan tersebut kepada SPRM…

“Sehubungan itu, SPRM akan memulakan siasatan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil dalam satu kenyataan menggesa SPRM untuk memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah tersebut kerana kes itu mempunyai unsur-unsur jenayah termasuk kesalahan pengubahan wang haram.

Faiz turut dilaporkan berkata bahawa SPRM dibolehkan bertindak berdasarkan maklumat mengenai perlakuan rasuah tanpa aduan bertulis mengikut Seksyen 29 (3) Akta SPRM 2009.